Friday, November 12, 2010

Deklarasi AKU

Assalamualaikum WBT

Jam 8 pagi. Aku baru pulang dari kerja aku. Hujan renyai-renyai dan angin sejuk seolah-olah mahu mengajak aku tidur melayan keletihan bekerja. Bermalas-malasan kata orang muda. Tapi hati tua aku menegah. Mudanya perlu bekerja. Jangan dipenuhi serakah malas. Buruk akibatnya. Aku termenung sebentar. Facebook sudah. Inbox YahooMail sudah. Cybertrekker sudah. Harian Metro sudah. Utusan sudah. Apa lagi yang belum sudah? Kemudian teringat aku pada sesuatu. Akan artwork "Aku dan Sesuatu". Aku jiwang. Hati yang gersang sudah berbunga. Berbunga untuk menulis Deklarasi AKU.



Aku bukan Tok Guru Nik Aziz. Cuma cuba menjadi hamba yang taat.
Aku bukan Dr Syeikh Muzaffar. Hanya pengembara pengalaman mencari diri.
Aku bukan Dr Hamka. Hanya berkongsi abjad untuk panduan diri.
Aku bukan Justin Bieber. Hanya bersuara untuk didengari sendiri.
Aku bukan Norshahrul Idlan Talaha. Hanya merembat untuk kepuasan sendiri.
Aku bukan Tun Mahathir. Cuma mampu merencana diri.
Aku bukan Dr Rozmey. Hanya mampu mengais untuk sesuap rezeki.
Aku juga bukan siapa-siapa untuk kamu.
Aku tak mampu memuaskan nafsu serakah, kehendak liar kamu.
Aku tak mampu menjadi lain seperti kehendak kamu.
Biarlah aku menjadi aku.
Iringi aku menjadi aku.

p/s: Aku minat jugak kat artwork "Aku Dan Sesuatu" nih. Jiwang dulu-dulu. ha3.

0 comments: