Friday, December 3, 2010

Aku Tak Tahu Harga Petrol Naik

Assalamualaikum WBT

Bangsat. Petrol RON97 naik lagi. Aku tak perasan pon. Yelah, aku pon pakai RON95 sepertimana rakyat kebanyakkan lain. Sebab itu jugalah tiada suara-suara lantang membangkang kenaikan harga petrol RON97 ni. Bagi aku, ini satu langkah yang bijak dari kerajaan. Nanti tahun baru (2011), baru la akan dinaikkan harga RON95. Masa tu baru la semua nak mencarut.

Adakah kenaikan harga petrol ni untuk menampung kos pembinaan Menara Warisan? Satu lagi projek bangsat. Sedangkan KLCC pun banyak lagi ruang untuk disewa, ni nak buat pulak bangunan 100 tingkat (tambah 12 tingkat dari KLCC). Sape la nak sewa. Usahawan Melayu mampu la pulak nak menyewa tingkat tinggi-tinggi. DS Najib kata projek ni tak pakai duit kerajaan, pakai duit PNB. Banyak pulak duit PNB. RM5 Billion kot. Mana nak dapat... pinjam kerajaan la. Biasanya projek besar macam ni banyak kos luar jangka, macam projek tangguh, pasir tak cukup dan sebagainya. Jadi aku jangka, kos dia boleh naik sampai RM10 Billion.

Kata beliau jugak “Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.". Melompat la kontraktor-kontraktor sekalian. Masa ni la semua nak jadi kroni. Lompat kroni. "Lupakan Mahathir, lupakan Pak Lah, lupakan Anwar. Abang Najiblah yang satu" sorak kontraktor-kontraktor sekalian. Sekarang semua berlumba-lumba nak dapat lesen kelas A. Baru boleh masuk tender kerajaan. Baru masyuk.

Yang terseluk poket kiri kanan nak isi minyak ialah orang yang tak makan rasuah macam aku.

4 comments:

nik said...

RON95 pon dah naik jg. 5sen yer.hehe

fauzan said...

itu lah pasal. cmne leh tak tahu ni. surat khabar wat senyap je. ampeh tol

aNfaLafNa said...

anfal gune RON97 :|
tahu naik harga p0n tyme isi mnyk baru2 nie.grrr~

fauzan said...

pergh. ini orang manyak kaya oooo. ha3. keta anfal mmg xleh guna ron95 ke? tu r, xde pengumuman kot. cet3