Monday, December 6, 2010

Al Kisah Di JPJ

Assalamualaikum WBT

Panas tengahhari di musim tengkujuh ni memang perit. Mencucuk-cucuk kulit aku yang putih lagi gebu ni. Aku lajukan hayunan kaki ke Jabatan Pengangkutan Jalan cawangan Petaling Jaya. Niat aku hanya satu, nak ambil maklumat kereta dan insuran orang yang langgar kereta aku untuk tuntutan insuran.

Dari luar, aku tengok orang bersepah-sepah. Aku isi borang, amik nombor giliran. "Mak Jenab tol, lagi 400 nombor.". Sabar itu separuh dari iman, aku teringat pesanan Ustazah Zakiah. Tempat duduk memang terhad. Nasib baik takde wanita mengandung atau warga emas. Tak payah aku nak offer tempat duduk aku.

30 minit kemudian.

Baru gerak 2 nombor. Lembab. Aku perhati keliling. Semua muka tak puas hati. Pastu aku ternampak iklan JPJ Putrajaya. Aku bingkas bangun menapak ke receptionist.

"Bang, JPJ Putrajaya boleh buat menda ni tak?" sambil aku tunjuk borang yang aku isi. Dengan mata yang bersinar-sinar dan wajah yang bercahaya, dia jawab "Boleh. JPJ Putrajaya ada kaunter jugak."

Aku masuk kereta, terus drive ke Putrajaya.

Kereta kena parking kat luar. Aku menapak dalam 1km, di bawah payung matahari tanpa awan untuk ke bangunan JPJ. Sampai je kat bangunan tu, aku disambut mesra oleh brader bergaya ala-ala metroseksual.

"Inchik, saya hendak dapatkan maklumat kenderaan yang telah melanggar saya." Aku memula bicara menggunakan bahasa kebangsaan. terkebil-kebil dia tengok borang yang aku hulur mesra. "Minta maaf inchik, kat sini dah tak de kaunter. Semua dah pindah Bangi. Inchik kena pergi Bangi ni.".

Aku dapat rasa darah pahlawan aku mula mendidih. "Tadi, JPJ PJ kata boleh buat kat sini." Aku tinggikan suara sket je. "Mungkin diaorang tak tahu kot." Brader tu membalas tenang.

"Korang makan gaji buta ke." Aku tembak sedas atas muka brader tu.

Aku ambil borang, jalan laju-laju, drive slow-slow, sampai bilik, tido.


11 comments:

Al said...

haha
sabar Jo
awal2 tahun br nih
hadapi dugaan dgn senyuman..hehe

fauzan said...

sabar doh tu ali. kalu tok saba, meme kawe sembur lagi la. Mujo tahu doh,perangai gilo jabate 'kero'jaan

aMeL said...

aku pun g gak JPJ-PJ aritu.. tak paham la cane sistem nombor die, ramdom jek bagi... nak kata setiap nombor ade kaunter khas, time menunggu tu aku tgk nombor yang dipanggil pun terabur je pergi kaunter mana-mana... asal free.

fauzan said...

aku pon gitu gak. agak bengang jgk la aku kan. kalu gini la gamaknya, xde maknanya moto pencapaian diutamakan =))

man said...

hahaha,,bleh jd sasaterawan malaysia nih

buzzy said...

meh la buat kat jpj setapak..kalo nombor agak jauh ketinggalan .leh lepak2 same .takpon ko leh singgah umah awekmu itu. :D

man said...

hhah,,sasaterawan negara btol

man said...

hahaha,,bleh jd sasterawan negara nih

fauzan said...

buzzy: setapak pon lebih kurang je aku g dlu. ha3. td aku dah g kat bangi pny. kol 830 aku smpi. 5minit siap. bukan lama pon. ha3

man: sastera la sgt. ayat karangan darjah 6 jah ni =))

Anonymous said...

hai takkan keta baru dah ada yg mencium keta tu....hehehe. Leceh tul la kalau nak berurusan mcm ni. tak de nye slogan rakyat di dahulukan...Rakyat Disusahkan Pemimpin Senang Lenang...hahaha baru tepat.

fauzan said...

dia bagi china kiss kot. kuciwa2. hu3. rakyat melarat pemimpim keparat. hua3