Monday, December 6, 2010

DugaanNya: Kena Langgar

Assalamualaikum WBT

Aku tak tahu nak start dari mana. Dah 2 hari hati aku tak tenang. Sejak aku kena langgar dengan seorang cilaka. Aku cuba jadi pemandu yang paling berhemah, tapi kena jugak.

Kereta aku tu baru 4 bulan kot. Aku rasa tak sedap sket bukan apa, sebab kereta tu ayah aku bayarkan. Aku tolong bawak pergi ke hulu ke hilir je. Walaupun kejadian itu bukan salah aku, bak kata Sarjan Zaiton "Cakap kat diaorang, ini bukan salah awak!",
tapi aku tetap rasa tak sedap hati.

Mungkin ketidak sedapan hati aku ni akan berlangsung sehingga segala urusan pasal kereta aku, terutamanya insuran selesai.


Ini bukan kereta aku. Cuma nak letak gambar je. Mungkin inilah akibat kereta cuba nak meneruni eskelator. Semacam je bangang driver ni?

Di permulaan tahun baru ini, aku mengangkat tangan dengan rendah hati bermohon kepada Allah SWT agar segalanya bertambah baik dan dipermudahkan urusan-urusan aku. Dan semoga Dia mengangkat resah hati aku ini. Amin.

p/s: Aku malas nak maki mamat yang langgar aku tu. Redho. Tapi kalu dia cari pasal, aku carik.

5 comments:

aMeL said...

sama kes la macam yg aku kena.. tp aku punye lagi sedih~ langgar tak peduli pulak tu.
motor dah parking elok2 tak bergerak pun dilanggar.

nasib baik aku tak nampak sape ornya.. bukan aku nak suruh die bayar sume kerosakan, tapi paling tidak pun patutya tinggalkan la nota no. tel ke.... ayat "minta maaf" ke... kan?

buzzy said...

tu la tak kasi aku tumpang.mentang2 kete baru.hehehe :P
chill bro.dugaan tahun baru.
mane tau dpt kete beso pasni.wah wah wah

fauzan said...

amel: weyh, sler sadis dowh. tak baik tuh cam tuh. teruk tak moto ko?

buzzy: aku dah pasang niat dah nak ajak ko naik. tp xberkesempatan. ko tuh org berkerjaya. ha3. tu r, aku target Nissan teanna

aMeL said...

moto tk teruk sgt... sebab tu aku tak kesah pun kalo org tu tanak tanggung bayar. tapi sakit hati ni yg teruk!

fauzan said...

sabar kamel. gua paham. cewah. hee.