Tuesday, December 14, 2010

Lesen Nak Jadi Artis

Assalamualaikum WBT

Malam tu gua rasakan dingin. Gua menjangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tapi gua tenang. Gua bersantai-santai di depan tv LCD jenama PeningSonic bersama keluarga tercinta. Ketika itu ayah gua nak layan siaran Buletin Utama. Sebagai anak yang soleh, gua turut layan tanpa banyak bicara walaupun ketika itu dikatakan perlawanan Arsenal menentang Manchester United sedang rancak berlangsung. Gua dah 'stand by' remote ditangan kalau-kalau ada kemungkinan untuk gua mengelat siaran ESPN.

"Kanak-kanak perlu mendapatkan lesen untuk menjadi artis" jelas dan terang sebutan pembaca berita. "Kanak-kanak di bawah umur yang berhasrat menceburi bidang hiburan seperti menjadi pelakon, pemuzik atau penyanyi perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata mereka perlu mendapatkan kelulusan dan mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelakkan mereka dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran. Menerusi pindaan ini, dimaklumkan bahawa menteri akan menggubal peraturan-peraturan dan mereka yang ingin terlibat dalam industri hiburan perlu mengikuti beberapa proses di mana dalam proses itu ada panduan dan peraturan yang mesti dipatuhi.".

Kemudian terdengar ayah gua sayup-sayup bersuara, "Bagus juga tu. Yang muda-muda dapat gaji lagi banyak dari yang tua.".

Oleh kerana jawatan gua ialah penganggur kehormat, maka gua dapat rasakan ayat itu ditujukan khas untuk gua.

Perlahan-lahan gua letakkan 'remote' tv dan capai surat khabar Harian Metro berdekatan. Masuk bilik, gua terus selak bahagian 'Klassfields'. Kot-kot ada kerja kosong sebagai buruh sambilan.

4 comments:

Gee said...

hahaha. nice! jgn putus asa cr rezeki kt muka bumi ni. yg penting halal and berkat. semoga oje dpt keje yg diidamkan.. amin..

fauzan said...

oje blom abes blaja lagi la. he3. cerita ini direka melalui pengalaman je. hik3.

Gee said...

tula. nak tolong carik2 kan keje pon study tak abis agi. keje kat pam minyak jelaa ojee. haha

fauzan said...

ha3. xpelah. itam saya nnt buk! =)