Friday, December 3, 2010

Sambungan

Assalamualaikum WBT

Seperti yang aku janjikan, aku akan bagitau sket update layout baru aku ni. Pertamanya, aku tukar tajuk blog aku dari 'sang pemimpi' kepada 'titah beta'. Kenapa aku pilih 'titah beta', sebab suka hati aku. Penambahan memang takde. Aku banyak buang widget seperti followers dengan shoutbox. Setelah aku blogging selama 2 tahun, orang yang follow blog aku 35 orang je. Jadi takde pekdah aku letak mende tu. Kemudian, shoutbox. Aku rasa ada dalam 3-4 orang je yang guna menda tu selama 2 tahun. Jadi tak berbaloi aku letak. Menda-menda ni semua buat lambat loading je. Korang jugak yang menyampah bila lambat loading kan.

Ok. Mulai hari ini, aku isytiharkan blog ni untuk aku. Bukan untuk korang. No more ayat skema. Suka hati aku nak tulis apa dalam blog ni. Korang takde pikir perasaan aku, buat apa aku nak pikir persepsi korang. Lantak aku la! Ok [titik].

Beberapa hari lepas, aku banyak pikir pasal orang, nak puaskan hati semua orang. Ada yang aku marah dan tegur jugak. Aku marah, tegur bukan suka-suka, aku marah sebab aku sayang. Tak nak kawan-kawan aku jadi orang yang tak menepati masa, dan berbohong. Mungkin ada yang silap paham, 'but i do what i have to do'. Kalau aku tak sayang kawan-kawan aku, aku biar lantak je diaorang. Tak nak semayang ke, tak nak pegi kelas ke, tak wat lab report sendiri ke, tak nak belajar ke. Aku tak peduli. Itu tanda aku tak sayang kawan aku. Yang mana kena tegur, kena marah dengan aku, itu tanda aku sayang korang.

Sekarang aku nak pikir pasal diri aku pulak. Aku perlukan sedikit ruang dan masa. Notes DSP belum bersentuh lagi. Aku nak studi, tak nak sambung lagi satu semester kat sini. Banyak lagi impian yang aku nak capai. Aku ni orang yang ada cita-cita. Aku nak buat buku sendiri, aku nak pegi melancong kat pulau kat Thailand, aku nak beli hartanah kat Kelantan, aku nak beli Kawasaki 250R dan macam-macam lagi.

Dan akhir sekali, beri la aku peluang untuk jadi diri aku.

4 comments:

Yang biasa said...

"Dan akhir sekali, beri la aku peluang untuk jadi diri aku."

sebelum ni?adekah raja yang aku kenal bukan raja.hanya hulubalang?hehe

fauzan said...

mungkin jugak. ha3. ko kenal separuh je kot =))

aMeL said...

berilah peluang utk jadik diri ko? sape pulak yg halang?? pelikss

tapi jangan mintak kat aku, memang tak dapat! haha!

mintak dari Dia ye...

fauzan said...

ada byk yg menghalang. hu3. tu r, mintak-mintak Dia tunjukkan aku jalan. dah blur dah ni.