Tuesday, February 23, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Evolusi

Assalamualaikum WBT

Lagu yang agak layan dari Al Farabi Band. Mereka menamakan genre muzik mereka sebagai "White Metal".

Friday, February 19, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kata Dulang

Assalamualaikum WBT


Itulah pantun 2 kerat yang paling tepat untuk menggambarkan perbuatan KJ baru-baru ini. Dahulu, cepat benar menempelek orang yang turun dijalanan berdemo sebagai 'beruk', sekarang siapa yang 'beruk'?

Gambar 'IHSAN' daripada UTUSAN Malaysia.


"IT'S" or "IS IT"?
link: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm


link: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0218&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

Saturday, February 13, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Lagu untuk Haiti

Assalamualaikum WBT

Lagu untuk Haiti. Dengarkan.

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tunku Abdul Rahman Tidak Boleh Menyelam

Assalamualaikum WBT

Petikan laporan dari dua akhbar tabloid Malaysia. Laporan dari Kosmo

Operasi Scorpene tidak terjejas

MELAKA - Kerajaan memberi jaminan operasi kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak terjejas dalam jangka masa panjang meskipun ia kini menghadapi masalah mekanikal yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kerosakan kecil itu hanya melibatkan bahagian yang menyalurkan air keluar masuk bagi membolehkan Scorpene menyelam.

Beliau berkata, pihak pembekal peralatan tersebut sudah pun menghantar kakitangan mereka untuk memperbaiki kerosakan kapal selam itu yang masih dalam tempoh jaminan.

"Apabila sudah dibaik pulih nanti, kapal selam pertama negara ini akan boleh beroperasi seperti biasa," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Markas 3 Divisyen Kem Terendak di sini semalam.

Manakala laporan dari Harian Metro

Kerosakan KD Tunku Abdul Rahman tak jejas operasi

MELAKA: Kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam sejak 17 Januari lalu, tidak akan menjejaskan operasinya dan boleh diperbaiki oleh pengeluar, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu masih dalam tempoh jaminan syarikat pengeluarnya di Perancis dan menjadi tanggungjawab pihak terbabit untuk membaik pulih kerosakan berkenaan. “Kita ada melakukan siasatan baru-baru ini dan mendapati ada kerosakan kecil pada kapal selam berkenaan.

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan operasinya.

Sebenarnya kita ada tempoh jaminan ke atas kapal selam itu dan yakin pihak pembekal atau pengeluarnya akan memperbaikinya,” katanya mengadakan lawatan kerja ke Markas Tiga Divisyen, Kem Terendak, dekat sini, semalam. Pada lawatan berkenaan, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, kerusi roda dan alat bantuan berjalan kepada 14 balu dan bekas tentera di negeri ini. Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad. Akhbar semalam melaporkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, akan melakukan Ujian Perairan Tropika pada 18 Februari ini dan dijangka beroperasi semula selepas mengalami kerosakan teknikal pada 17 Januari lalu.


Itulah nasib kapal selam pertama negara yang dibeli daripada Perancis dengan harga yang dianggarkan menjangkau RM 3.4 Billion. Siapa sangka kapal selam pertama negara yang telah diberi sambutan ketibaan yang gah dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bersama Sultan Selangor Darul Ehsan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenan mencemar duli menyambut ketibaannya, TIDAK BOLEH MENYELAM! Seluruh rakyat pastinya tahu akan drama yang telah berlaku disebalik pembelian kapal selam ini. Altantuya, C4, Sarjan adalah antara kata kuncinya. Apakah selepas drama-drama itu, kapal selam ini hanya akan tersadai di Selat Melaka sebagai salah satu tarikan pengunjung? Apakah nanti nasib KD Tunku Abdul Rahman?

Wednesday, February 10, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tahlil

Assalamualaikum WBT

Dijemput semua kenalan Amar Bin Ahmad dan seluruhnya untuk hadir ke majlis tahlil allahyarhamah bonda beliau. Butirannya adalah seperti berikut :

Tempat : Masjid MMU Cyberjaya
Tarikh : khamis ( 11/2/2010 )
Masa : Selepas maghrib

InsyaAllah jamuan akan disediakan.

Sunday, February 7, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tukar Layout

Assalamualaikum WBT

Tahun baru, layout baru. Moga-moga dipermudahkan oleh-Nya untuk lebih kerap mengemas kini blog ini dengan cerita-cerita yang bermanfaat.

Nama template baru ini ialah Antiline dan telah di salin dari blog BT Blogspot.

Jumpa lagi =D

Thursday, February 4, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

BACA@LRT

Assalamualaikum WBT



Tarikh:
20hb Februari 2010
Masa:
10.00 pagi - 11.30 pagi
Lokasi:
Stesen LRT (Terminal Putra Gombak - Taman Jaya)

BACA@LRT Kembali!

Versi Februari menjanjikan kelainan

Kali ini kita baca buku dengan tema "Baca Sastera".

Bawa buku sastera pilihan anda dan kita baca bersama-sama sepanjang perjalanan!

"Bagaimana jika saya tiada buku sastera?"
Tidak mengapa, bacalah bahan yang tuan-puan suka.
Tiada kekangan, tiada halangan!

Tarikh 20 Febuari 2010
Masa jam 10 pagi
Bermula dari Terminal Putra LRT Gombak sehingga LRT Taman Jaya.

Mengapa Taman Jaya? Jika tuan dan puan merancang membeli buku, di situ terdapat sebuah kedai buku yang menjual buku-buku baru pilihan tuan dan puan pada harga yang rendah iaitu di Book Xcess, Amcorp Mall.

Tentatif program

9.45 pagi - berkumpul stesen masing-masing. Kenali, tegur dan ikut ejen BACA@LRT di stesen anda.

Tuan dan puan boleh memilih sama ada mahu menaiki dari stesyen Terminal Putra Gombak,
Stesyen KLCC (dipimpin oleh Kelab Tidur dengan Buku)
Stesyen Masjid Jamek (dipimpin oleh tim Sindiket Soljah)
dan Stesyen KL Sentral (dipimpin oleh tim Ramlee Awang Mursyid Fan Club RAMFC)

Foto akan diedarkan dalam Facebook tempoh terdekat.

10.00 pagi - Kumpulan Terminal Putra akan bergerak dari stesen. Ejen dalam tren akan sms ejen di setiap stesen sebelum tren dari Terminal Putra tiba di stesen berikutnya.

11.45 pagi - Tiba di Stesen Taman Jaya. Sessi berkongsi pengalaman dan mengambil gambar kenangan.

------

Nota: Tidak ada taklimat rasmi di stesyen. Sama seperti edisi Januari.

------

Metod kali ini berbeza, kita mula membaca buku selepas lima minit berada dalam LRT secara berperingkat bagi mencipta keadaan natural.

Sertai Facebook|BACA@LRT