Thursday, April 29, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Mat Hassan Astaka

Assalamualaikum WBT

Dikala gugup menanti masa untuk pembentangan projek tahun akhir aku, sempat juga aku menjengah portal The Red Worriors. Artikel ini agak menarik untuk dibaca dan direnung. Mungkin juga menarik untuk mereka yang ingin tahu serba sedikit bahasa-bahasa kelantan =)

Semangat dan kefanatikan penyokong Kelantan ini dapat dikongsi sebagai renungan bersama peminat setia The Red Warriors dan ianya sekadar pengalaman salah seorang peminat veteran. Kisahnya bermula di sebuah kampung di Beris, Bachok apabila ada seorang tua bernama Mat Hassan (bukan nama sebenar) yang digelar Mat Hassan Astaka.

Pada suatu petang pada hari perlawanan Kelantan menentang Kuala Lumpur,

Jam 2.00 petang: "Mek Joh ambo nak gi tengok bola malam ni, ada gapo-gapo nak beli ko? ubat nyamuk, bedak sejuk ko gapo lagi hok takdok nak ambo beli tu? Kata Mat Hassan pada bini dia. Sahut Mek Joh " patut lah awal nayo doh, kalu dok gak lepas minum kopi secawan tubik masjid semaye isyok baru nak beli". "bangatlah weh... nak alih lembu pulok." jawab Mat Hassan

Jam 3.00 petang: "Hoh ni bare hok demo nok. Abe nak gi alih lembu smeta" kato Mat Hassan.

Jam 4.15 petang: "Payoh sunggoh lah lembu ni tadi nak masuk gok..." beritahu Mat Hassan pada bini dia. Sahut bini dia "meme lah payoh nak kelik awal lagi nyo puas supo kito jugok kalu duk awal dale gok."

Jam 4.55 petang: Mat Hassan sudah semaye asar tengoh duk siap nak gi tengok bola. Mat Hassan bergaya sakan tiap kali ado bola. Dia siap bergaya dengan jam Rado dan kasut But Timberland yang 10 tahun dulu dia beli maso muda-muda dulu dia kerja di Singapura. Dengan jersi UMBRO 2010 dia bergaya menampakkan usia dia seperti umur 40an padahal sudah cecah 60an. Kalu bab fesyen meme Mat Hassan akan pakai mace gaya seorang VIP korporat walaupun pada hakikatnya dia hanya kerja ternak lembu jah.

Jam 5.15 petang: Mat Hassan bawak keto Datsun buah ulu menuju ke stadium kalau ada orang tahan ingat keto dia prebet sapu dia akan berhenti, bagi dia dapat 2-3 rial buat tambah tiket pun jadilah.

Jam 6.00 petang: Sampai di depan stadium, Mat Hassan singgah keno mee celup dulu sepinggan di depan stadium tu. lepas tu cari parking molek. Kaunter tiket buka, Mat Hassan terus menuju ke kaunter tiket dan seperti biasa dia beli tiket astaka.

Jam 7.20 petang: Selesai semaye Maghrib Mat Hassan masuk dengan langkah bangga dan senyum menuju ke Astaka tempat biasa dia.

Jam 8.45 malam: Bola pun bermula Mat Hassan sempat angkat tangan menyapa dan bersalam dengan vip-vip yang ada. Lihat pada gaya dan tingkah laku dia orang akan percaya dia mari dengan BMW dan dari golongan vip jugak. Itu yang buat Mat Hassan suka duduk di astaka selain fanatik bola dapat juga bersama vip.

Inilah kisah realiti sebenar rakyat kelantan yang tidak kisah berbelanja demi bolasepak dan pasukan kesayangan mereka. Sanggup datang dari pelusuk mana untuk memeriahkan bolasepak.

Jam 10.50 malam: Kelantan berjaya belasah Kuala Lumpur 3-0 bertambahlah semangat dan puashati Mat Hassan.

Selagi wujud orang seperti Mat Hassan takkan hilang peminat bolasepak Kelantan didunia.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main biar bijak..Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Sekian sahaja. Kredit untuk TRWC.

Tuesday, April 20, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

1 Lawan 1 di Hulu Selangor

Assalamualaikum WBT

Akhirnya, 1 lawan 1 di Hulu Selangor setelah 2 calon bebas menarik diri. Baguslah, buat apa nak membazir masa dan duit kalau dah pasti kalah. Tak de apa aku nak komen pasal lagi 2 calon. Menyampah. Tapi aku lagi menyampah dengan cerita-cerita yang disebar tak tahu benar atau tidak. Aku pasti ketika ini Kamalanathan tak punya banyak kerja kerana pasti ramai yang akan mendedahkan cerita-cerita lama Zaid KETIKA ZAID DALAM BN DULU.

Cuma aku kurang senang dengan propaganda2 mereka nih. Pastilah mereka akan menangkan calon masing2. Ntahlah. Korang tgklah gambar2 ni.




Tak nak kalah pulak blog ni GERAKAN ANTI PKR. Siap masuk Utusan Malaysia lagi. Fofular gler.

Penat. Malas pikir. Nak tido.... Muahahaha