Friday, July 30, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

MLM

Assalamualaikum WBT

Dah lama dah aku tak update blog ni. Maklum sajalah sejak2 praktikal ni, kekangan masa memang menghambat aku. Nak update kat ofis, segan pulak. Setakat main FB n baca online paper tu ok la. Tak nak cakap pasal praktikal aku yang bosan ni. Nak cakap pasal sesuatu yang menarik mata aku semasa membaca online newspaper Harian Metro.

Multilevel Marketing atau singkatannya MLM. Masih ramai rupanya yang terpedaya dengan skim piramid ni. Aku rasa di Malaysia ni terlalu banyak MLM sehinggakan aku terbaca dalam satu tulisan, Malaysia berada di ranking ke2 selepas US dalam perusahaan MLM ni. US memang terkenal dengan forex trading, networking dan Multilevel.

Setiap dari kita perlu disemat dalam kepala bahawasanya, MLM hanya akan menguntungkan bukan upline atau downline, tetapi pengasasnya sahaja. Dan selalunya, yang mendapat keuntungan paling banyak ialah batch pertama dan kedua sahaja.

Modus operandi MLM ni senang je nak detect. Kita tengok physical apperence ahlinya dulu. Biasanya, mereka akan berpakaian korporat seperti tali leher dan blazer. Biasanya memiliki kereta, tak kira kancil ke BMW sebab nak yakinkan kita bahawasanya kereta itu dia dapat dari hasil MLM tu. Kedua, mereka akan tayang kereta mewah bos-bos diaorang dan akan tanya "ko nak tak kete nissan fairlady camtu? kalu setakat makan gaji mana nak dapat beli". jeng,jeng,jeng... hati-hati, dia dah mula cucuk virus tu ye. Kemudian dia akan bawak kita g ofis. Dia akan cakap bahawasanya, bangunan tu company punya, padahal sewa je.


Dari segi perniagaan plak, pertama yang kita kena check samada ada ke tak produk yang kita nak kena jual tu. Dalam Islam dipanggil gharar. Kalau dia kata barang ni boleh guna sendiri, then kena hati2, sebab biasanya barang tu hanya untuk mengaburi mata kita yang MLM tu halal. Then yuran keahlian atau harga barang yang tak masuk akal. Sampai beribu-ribu. Sampai kita kena hutang kat kawan-kawan lain. Apa kejadahnya semua itu. Kalau ank pangkat lagi tinggi, kena bayar lagi banyak. Camne tu? Lu pikir la sendiri.

Biasanya bila kita pergi ikut diaorang g office, kita akan rasa seperti dipukau. Padahal bukan pukau pon, semuanya sebab diaorang dah berjaya setkan minda kita yang kita akan dapat duit banyak, kereta mewah dalam sekelip mata.

Pada aku sendiri, sekarang ni aku dah mula paham erti syukur dan redha. 2 konsep yang penting untuk kita hidup bahagia.

Apa yang membezakan petani yang membanting tulang di bawah perit matahari namun senantiasa tersenyum dengan ahli korporat bergaji 100,000 setiap bulan namun tidak pernah tenang hatinya?

Ini kerana petani tadi kenal erti syukur dengan apa yang ada dan redha dengan apa yang gagal didapati, namun dia akan terus berusaha kearah itu.

InsyaAllah, aku akan berusaha kearah itu.

Aku nak sarankan kalau ada duit lebih tu, JANGAN MASUK MLM, beli emas. Bukan Jongkong Emas, tapi syiling emas. Macam Emas kijang dan Dinar Emas Kelantan. Beli dan simpan, sebab aku yakin suatu hari nanti harga emas akan naik melambung. Tapi kena sabarlah ye. Kalau sape2 yang nak kawen tu, buat hantaran syiling emas pon cantik gakssss.

Oklah sampai disini saja dulu ye.

Monday, July 5, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Quick Post

Assalamualaikum WBT

Ujian Ilahi mendatangi
Terlintas aku
Apakah ini
Mahabbah Illahi