Wednesday, September 29, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Online Di Sri Melur

Assalamualaikum WBT

Hari ini seperti kebiasaan aku untuk minggu lepas dan juga minggu-minggu yang akan datang, aku bangun pukul 11. Agak-agak tak tahu nak buat apa, aku akan lajak sikit pukul 1. Hari ini aku semangat sikit, sebab aku ada misi dan motivasi baru iaitu menghabiskan buku 'Lelaki berkasut Merah' yang aku baru beli semalam. Aku bangun dalam pukul 9 gitu, gosok gigi sikit then buat roti bakar plus cheese.

Aku layan buku tu sama macam aku layan nota-nota Digital Signal Processing dulu-dulu. Tak lepas satu perkataan pun.

2 jam kemudian aku dah habiskan buku tu dari kulit ke kulit. Dem. Rm 20 punya buku aku bantai baca satu hari je. Tak puas beb. Sangap dan lapar. 1jam kemudian aku di Kedai mamak Sri Melur USJ 17 menulis entri baru. Nasib baik aku sedikit pandai untuk makan di kedai yang ada WiFi. Terima kasih aku ucapkan kepada tauke Sri Melur kerana sudi membenarkan aku online di sini.

Hujung minggu ni, kawan aku kahwin. Tahniah aku ucapkan. Cemburu gak, tapi redho saja bah.

Monday, September 27, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tenang

Assalamualaikum WBT

Sekarang ni keadaan kepala aku tenang, setenang itik-itik yang berenang di kolam pada pagi yang dingin. Walaupun pada hari sabtu lepas, ketenangan aku sedikit sebanyak direntap oleh berita bahawa ArSengal dikalahkan oleh West Brom, aku takkan membenarkan ia mentaufankan anak-anak itik yang sedang berenang itu. Hee. Officially aku tak de komitmen sekarang. Jadi aku ingat nak pergi bercuti, jalan-jalan ke mana-mana asalkan jauh dari hiruk kota.


Korang ada cadangan ke?

Saturday, September 18, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kebal

Assalamualaikum WBT

Sekarang ni tengah hangat dan membara pasal kes pembunuhan dan pembakaran berprofil tinggi Dato Sosilawati. Aku tak brape nak follow sangat kes ni, sekadar melukut di tepi gantang je. Tapi tadi aku tengok la berita kat tv. Ada la diaorang update sket pasal kes tu. Since aku tak follow kes tu, aku tak tahu nama Dato peguam yang juga suspek utama kes.

Sepanjang aku tengok dan perhatikan berita tu, sepatah halal pon diaorang tak sebut nama suspek utama tu. Diaorang cuma sebut "Dato" atau suspek utama.

Mengikut perkiraan aku, dia ni mesti orang kebal. Maksud aku bukan kebal tak lut dek keris atau lembing awang pulang ke dayang, tetapi kebal dek undang-undang. Sebab biasanya, kalau setakat orang biasa-biasa atau Dato yang kena lucut gelaran oleh Sultan, kompem tanpa was-was berita akan sebut nama diaorang dengan terang dan lantang.

Namun selepas aku berbincang dengan Nujum Pak Belang, dia kata 90% hasil analisisnya menunjukkan bahawa Dato Suspek Utama Kes Pembunuhan Dato Sosilawati ini hanya akan kena denda RM 100 (sama banyak dengan denda parking kat line kuning). Dem.

p/s: pembunuh Altantuya ialah POLIS, pembunuh Sosilawati ialah PEGUAM, apakah mungkin nanti pembunuh Mak Esah ialah seorang HAKIM?

Thursday, September 16, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Cerita Raya

Assalamualaikum WBT

Cerita raya aku bermula pada hari aku balik rumah aku di Changlun pada hari rabu pagi. Aku gerak agak-agak pagi dah nak masuk tengahhari kerana tersyok tidor. Cadangannya nak gerak awal pagi. Opss, terlebih sudah (bak kata Stacy). Aku gerak dengan adik aku. Boleh la aku gilir-gilir drive. Kurang sikit penatnya. Sampai saja kat kawasan pekan Changlun tu, aku tengok bas bersepah-sepah, rupa-rupanya budak matrikulasi baru nak gerak balik kampung. Lepas aku park kereta kat porch, aku salam dengan ibu dan adik-adik aku. Ayah aku kat ofis lagi, so delay dulu.

***

Nak dijadikan cerita, tahun ni aku beraya kat atas jalan. Petang raya pertama aku dengan keluarga aku dah siap-siap nak gerak ke Kolumpo. Ini di sebabkan nenek aku berada di Kolumpo. Jadi kami satu keluarga balik ke Kolumpo. Pelik jugak bunyinya.

***

Raya kedua pulak, kami satu keluarga bergerak ke BP (Batu Pahat), Johor. Ziarah nenek aku kat sana pulak. Masa ni, kepala aku dah mula cari pasal dengan aku. Pening-pening lalat jugak. Berjalan sakan pusing satu kampung ziarah sedara sebelah ibu aku. Aku layankan ajelah perjalanan itu dengan pening aku.

***

Raya ketiga. Aku dapat anak saudara pertama. Kakak ipar aku bersalin anak perempuan. Ayah dengan ibu aku dapat cucu pertama. Nampak berbunga-bunga mawar merah di wajah mereka. Tapi yang kureng siket, sebab aku kena drive pergi Sungai Siput plak. Oleh kerana banyak sangat kronologi yang berlaku, aku jadi malas nak cerita. Kesimpulannya aku tidur di Ipoh semalaman.

***

Raya keempat (malam), aku berlari-lari laju di sekitar Terminal Bas Medan Gopeng untuk mencari dan sekaligus membeli tiket ke Kolumpo. Nasib baik ada. Brader jual tiket kata "Bas 730 malam dik, yakni sekarang". Aku pun berlari selaju Usain Bolt ke kereta ayah aku, ambil beg yang sebiji dan seplastik makanan bekalan dari ibu aku. Sesudah aku bersalaman dengan keluarga aku, aku pun berlari selaju Tyson Gay ke arah bas sambil menoleh ke belakang melihat kereta keluarga aku beransur bergerak mencari highway PLUS menuju ke Changlun.

***

Raya kelima (awal pagi), aku sampai di Terminal Bukit Bukit Jalil dalam pukol 12 mlm lebih sikit. Aku ingatkan sempat sempai sebelum LRT bungkus, sekali aku yang bungkus. Dengan kaki yang lemah longlai, aku menuju ke surau dengan harapan untuk menumpang berteduh semalaman. Rupanya ramai juga yang senasib dengan aku di surau itu. Lepas subuh, aku sambung tidur walaupun ketika itu aku di surau. He3. Terbawa-bawa amalan dari rumah. Aku naik LRT dan Komuter untuk sampai kat Nilai. Lepas tu, sepupu datang pickup aku yang muka dah lemau semacam ni. Terima kasih sepupuku. Jasamu kukenang. Sampai rumah, aku bergegas ke pejabat pos untuk hantarkan sijil nikah abang aku. Tanpa sijil itu, tak berdaftarlah anak sedara aku.

***

Raya keenam, aku diberitahu bahawasanya anak sedara aku diberi nama Raja Nurliyana Raudhah. Cantik nama tu. Moga seindah peribadinya nanti. Aku rasa nanti dia mesti cantik macam Uncle Ngah dia ni. Habis separuh hari aku berangan kat rumah sambil melayan rancangan raya yang ntah apa-apa kat TV, aku mula membuat kerja-kerja yang sepatutnya aku buat dari pagi tadi lagi seperti membasuh baju aku yang dah berbau bahulu basi tu. Pastu sebelah malam aku gerak ke kampus untuk melayan sebarang aktiviti berfaedah bersama abang artis bergaya, Nadhil. He3.

Sampai disini sahaja dulu ye =)

Tuesday, September 7, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

2 Abad: Perutusan Aidilfitri

Assalamualaikum WBT

"Hari ini 28 Ramadhan dah.", sapa Pak Dol kepada aku semasa aku dalam perjalanan ke kereta. "Ye Pak Dol, 2-3 hari lagi raya la tu." jawab aku ikhlas tak ikhlas. Tahu pula Pak Dol tarikh-tarikh Islam ni. Biasanya tarikh Masehi pon dia lupa. Kadang-kadang dia tanya aku tarikh lahir isteri dia, Mak Esah. Hendak sambut 'besaday' katanya. Mana la aku tahu Pak Dol oi.

***

Cepat je Ramadhan berlalu, macam kereta Ferrari 458 Italia potong kereta Kancil 660-Turbo-Twincam-Eksos-Kecik aku kat Highway PLUS dalam perjalanan balik ke Changlun. Laju. Sebagaimana Ramadhan meninggalkan kita dan kita tertinggal. Doa aku pada malam-malam akhir Ramadhan ni, moga-moga disempatkan ke Ramadhan seterusnya.

***

Apa kena dengan 2 Abad sebelum perkataan Perutusan Aidilfitri tu? - Kalau korang tak perasan la. Sebenarnya ini adalah 'entri' aku yang ke 200, sama la dengan 2 abad. Mungkin Cikgu Jali masa aku sekolah tadika dulu kurang bersetuju dengan penggunaan tatabahasa ini. Dia akan bagi B- je untuk ayat ini. PG9 atau 'Parental Guidance for Viewers Under 9 Years Old' mungkin terpaksa di label untuk ayat ini.

***

Di sini, beta, YM Raja Ahmad Fauzan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum kerabat aku, segala kaum sahabat aku di merata tempat (bukan merempat) yang tak mampu aku nak tulis sebab kat Facebook je dah ada dekat-dekat 20000 belum termasuk followers kat Twitter (Dato' Najib pon folow aku), dan tidak lupa juga kepada ane-ane kat kedai Selera Maju Subang yang sudi masakkan nasi goreng biasa dan buat air teh tarik untuk aku dikala terik tengahhari memerit tekak yang kering ini.

Aku minta ampun dan maaf andai ada tersasul kata dan tersalah pukul. Oh. Syahdu sungguh hari ini.

Terimalah poster serba malas yang aku buat ini sebagai pengganti diri. Di akhir kata, majulah kedai Mydin untuk kesenangan kita.


p/s: Hari-hari terakhir industriasl training aku amatlah menggoncang jiwa. Esok balik kampung.

Monday, September 6, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Konotasi A

Assalamualaikum WBT

Lepas berbuka puasa dengan nasi ambeng Rm4, roti john serba satu, ayam golek separuh dan 'homemade 'soya cincau yang semuanya ditanggung
oleh abang aku, aku golek-golek atas tilam sambil berfikir kosong. Rasa nak meracau pon ada. Nasib baik syaitan dan kuncu-kuncunya kena ikat.

***

Selesai semayang terawih yang aku imamkan sendiri di rumah - tak larat akibat penangan nasi ambeng dan ayam golek, aku terkebil-kebil tengok kipas cap khind tu berpusing. Gila. Hampir je nak putus urat kepala aku, terlintas satu buah pikiran secara tiba-tiba. Politik. Topik kotor yang aku suka.

***


Untung orang Selangor. Kenapa pulak? Kerajaan PR dan BN saling tegur-menegur antara satu sama lain. Tak ke muhibbah tu. Kalau Kerajaan PR buat silap je, terus tanpa segan silu dan was-was, terus BN tegur. Kalau beginilah keadaannya, aku rasa, bertambah makmur lah negeri Selangor nih. Dari isu pasir ke isu masjid, sebesar-besar isu ke sekecil-kecil isu, semua tak terlepas dari radar BN. Alangkah bagusnya kalau amalan tegur-menegur ini turut dipraktiskan di negeri-negeri lain.

p/s: baju melayu raya tahun lepas masih elok lagi =P

Friday, September 3, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Professor Dan Pendayung Sampan

Assalamualaikum WBT

Cerita nie aku teringat dari majalah bujang senang (sebenarnya lupa). Jadi aku nak kongsikan ngan korang semua di pagi Jumaat yang mulia ini..

Tersebutlah alkisah (sila jawab 'toiyibbbb' bukan Yusuf Taiyob), seorang professor dari sebuah negara yang terkenal dengan peradaban dunia, bernama Tun Dato Seri Dr Ir Malim (PJK, AMN, MP3, JPEG, AVI) mendatangi sebuah pulau yang terpencil iaitu pulau Kecil Lagi Terpencil untuk menjalankan kajian tentang spesis di lautan. Pulau ini sangat indah dengan pantai yang putih mulus dan air laut biru yang tenang.


"Gambaran lebih kurang penulis terhadap pulau Kecil Lagi Terpencil"

Tanpa berlengah, sampai sahaja di pulau itu (tanpa sempat check in Hotel Shangri-Lo) beliau bergegas ke pantai mencari bot untuk ke laut meneruskan kajian beliau. Kecewa. Tiada bot, hanya sampan saja yang ada. Tidak mematahkan semangat kenegaraan beliau, beliau terus bergegas ke sebuah sampan.

Awang hanya tersenyum apabila melihat seorang lelaki berumur lewat 50-an berlari-lari comel sambil melambai-lambaikan tangan kepadanya. Tanpa banyak bicara, (dipendekkan 'tite' beliau) Dr Malim dan Awang bersetuju. Adapun Dr Malim ini sangatlah suka bercerita tentang kehebatan negara beliau.

Habis modal bercerita, beliau bertanyakan kepada Awang, "Adakah tuan mempunyai ilmu sains?". Awang hanya menggeleng. Memang di tempat Awang tiada kemudahan sekolah walaupun kerajaan telah menarik subsidi diesel bot untuk dibuat pembangunan. Dr Malim menambah "Tuan telah kehilangan 25% dari hidup tuan". Beliau bertanya lagi "Apakah tuan mempunyai ilmu hisab?". Awang menggeleng lagi. "Sesunguhnya tuan telah rugi 50% dari hidup tuan". Dr Malim mulai bongkak, takbur, riak dan seumpamanya sambil bertanya lagi "Apakah tuan mempunyai ilmu Geografi?". Awang hanya mampu menggeleng sambil tersenyum. "Maka tuan telah kehilangan 75% dari hidup tuan".

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba ribut muncul ntah dari mana dan memukul sampan itu sehingga terbalik. Di saat-saat genting itu, tiba-tiba Awang bertanya, "Apakah tuan mempunyai ilmu berenang?" Dr Malim hanya mempu menggeleng sayu. Tanpa niat yang berselindung Awang menambah "Tuan telah kehingan 100% hidup tuan". Dengan selamba penyu, Awang berenang ke pantai.

p/s: Moral of the story: Anda pikir, anda dapat =)

Thursday, September 2, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sindiket Sol-Jah

Assalamualaikum WBT

Ni sindiket apa pulak ni ha. Dah macam pemberontak wanted ISA je ni.
Salah... salah. Ni sindiket baekkk punya.
Diaorang ni berkarya daa, tulis buku indie dan buat program untuk kesedaran rakyat jelata membaca buku dan berkarya.
Sekali baca, macam tak boleh pakai. 2 kali baca lagi tak boleh pakai. Ha3. Gurau je beb.
Best la blog diaorang. Korang usha la sendiri. Klik DISINI untuk ke blog Sindiket Sol-Jah.

Wednesday, September 1, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tak Boleh Masuk Masjid?

Assalamualaikum WBT

Gelak jo tengok gambar ni ha.
Kredit kepada Tukar Tiub diatas gambar terbaek ni.
Aku malas nak komen isu ni, tapi since ado gamba ni.
Terpaksalah aku...


Aku ni bukan taraf-taraf ustaz nak komen bab-bab agama ni.
Jadi aku amik analogi mudah je.
Masa aku dok mengaji dekat area Putrajaya dlu.
Selalu jugak singgah ke Masjid Putrajaya.
Ramai je Non Muslim yang masuk ke dalam masjid tetapi mereka menutup aurat dengan memakai jubah (warna pink) yang disediakan.
Silap YB Teo: Tak tutup aurat dengan sempurna tapi dia tak tahu.
Silap Yang Pakai Baju Kuning: Tak tutup aurat dengan sempurna tapi dia tahu.

Gambar yang ni lebih kurang je ngan YB Teo pny gambar kot =))


p/s: aku keno la tutup sket bahagian mato ngan namo tu. Aib =)