Thursday, December 30, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sambut Tahun Baru

Assalamualaikum WBT

Tiba-tiba Sudir menyapa, "Apa azam tahun baru kau?". Gua terdiam seribu bahasa. Memang gua tak menetapkan apa-apa objektif untuk tahun 2011 kerana banyak objektif tahun 2010 tak tercapai. Entah datang dari mana idea, gua selamber jawab "Siapkan assignment.". Sudir garu kepala.

Sudir tanya lagi "Camne ko nak sambut tahun baru? Pegi KLCC?". Gua terkesima sekali lagi. Tapi pantas mulut gua jawab "Dok depan laptop. Buat assignment.".

Sambil berlalu, Sudir cakap, "Tak de life.".

Gua tak 'into' sangat sambut tahun baru ikut kalendar gregorian nih. Tahun islam gua sambut.


Monday, December 27, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Berhenti Berharap

Assalamualaikum WBT

Gua pandang telepon gua. Terkebil-kebil. Gua tak tahu telepon gua jenis Nokia yang ke berapa. Jenis skrin hijau, hitam. Lalu gua bukak Chrome Browser. Owh. Nokia 1110 rupanya.
Ingat-ingat balik, mengigil juga kepala lutut gua bila tengok membe-membe pakai smartphone jenis epal

dengan beri hitam nih
Pastu gua tanya pak cik google brape harga telepon-telepon ni. Tak mampu. Terbantut sudah hajat gua nak tukar telepon. Gua berhenti berharap nak tukar telepon. "Takpelah, pakai jelah dulu yang mana ada..." gua bermonolog sedapkan hati gua. Time tu jugak, gua tetapkan tekad, sebelum Ogos 2011, gua akan rembat moto ini tanpa banyak songeh.


Sekian...

Sunday, December 26, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Video Ketua Menteri Kaya Nak Mampos

Assalamualaikum WBT

Malas gua nak cakap lebih-lebih. Korang tengok la video ni.




Gila kau! 30 tahun jadi Ketua Menteri. Memang ATM kaya nak mampus!

Thursday, December 23, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Aspan Alias: Padan Muka Aku

Assalamualaikum WBT

Tulisan yang bernas. Hangpa baca le. Ni link asal tuan punya entri Aspan Alias.

Padan muka aku

Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasisa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sajana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelaran keperongkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM 500 juta ditawarkan dengan harga RM 1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disisni semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi. Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.

Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang akan memberikan kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggunjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.

Padan muka kita semua!


Sunday, December 19, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Angan YB

Assalamualaikum WBT

Umur gua baru menginjak 23 tahun. Masih muda dan seorang pelajar sepenuh masa. Jadi pastilah blog gua tiada cerita fasal gosip-gosip staf di ofis atau pakaian nikah kahwin gua. Oleh kerana gua juga tidak bercuti ke Bandung sempena cuti hujung tahun, bersantai-santai di Sg Gabai atau bermandi-manda di Sg Chilling, makanya gua ada banyak masa untuk merenung masa depan gua yang agak gelap ketika ini.

***

23 Januari 2019.

Gua sedang mengelap tayar kereta Nissan Fairlady Hybrid gua yang calar terkena duri ketika melawat dan memberi sumbangan kat rumah orang terbakar di Kampung Teluk Hang. Gua menggeleng kepala. "Ini tak boleh jadi ni. Nak kena angkat kereta baru ni.". Kemudian gua garu kepala. "Gaji YB tak masuk lagi, mana nak cekau duit ni.".


Kemudian, gua terdengar satu suara halus membisikkan rancangan baik punya. Gua keluarkan IPhone 8G. Gua 'skrol' kebawah. Jumpa. Lim Tat Balak. Gua tekan 'call button'.

"Alooo, Lim Tat. Mau projek ka?.". Gua tanya yakin. "Mesti mau." jawab Lim Tat pantas. "Ok. Macam biasa... 50-50. Esok datang ofis, amik fail.". "Alrite, bos. Esok saya kasi angkat itu fail.". Jawab Lim Tat gembira macam orang kena nombor ekor.

Gua senyum je sambil mengusap perut gua yang buncit akibat makan duit haram. Kepala gua merewang kereta Rolls Royce Hybrid yang bakal 'park' di 'porch' rumah gua yang berharga RM15 juta ni.

***

'Allahuakbar, Allahuakbar...' Laungan azan menghentikan lamunan gua.. Pantas gua beristighfar, berdoa minta dijauhkan dari rezeki yang haram.


Wednesday, December 15, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Asap Lucky Strike

Assalamualaikum WBT

Kedai Pelita Maju 'fullhouse' sempena perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010. Malaysia menentang Vietnam. Ketika Karim Bakar, Ahmad Latif dan Ramlan Sudir duduk, Hj Hasbullah Awang sedang mengulas lebat tentang 'line-up' pasukan Malaysia. Tapi tiada yang memberi perhatian.

Karim Bakar mengeluarkan sekotak rokok dari kocek seluar. Jenama 'Lucky Strike' kotak hijau. Dia keluarkan sebatang, letak kat mulut, bakar dan sedut. Ahmad Latif yang duduk disebelah seraya berkata, "Pergh... mai sebatang.". Tak sempat Karim Bakar menjawab, sebatang sudah ditangan Ahmad Latif. "Mana hang dapat rokok mahai ni? Benda rare ni." Ahmad Latif bertanya . Karim Bakar jawab, "Aku beli kat Singapura hari tu. Asap lebih baru la feel lebih.". Ahmad Latif mengangguk laju.

Ramlan Sudir di sebelah hanya diam. Bermonolog sebenarnya, "Cet, lagi 90 minit aku kena sedut sisa asap hangpa! Lagu ni hari-hari, mati awai la aku..." mengenangkan keadaan yang sama minggu depan sempena perlawanan Manchester United dengan Chelsea.

Tuesday, December 14, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Lesen Nak Jadi Artis

Assalamualaikum WBT

Malam tu gua rasakan dingin. Gua menjangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tapi gua tenang. Gua bersantai-santai di depan tv LCD jenama PeningSonic bersama keluarga tercinta. Ketika itu ayah gua nak layan siaran Buletin Utama. Sebagai anak yang soleh, gua turut layan tanpa banyak bicara walaupun ketika itu dikatakan perlawanan Arsenal menentang Manchester United sedang rancak berlangsung. Gua dah 'stand by' remote ditangan kalau-kalau ada kemungkinan untuk gua mengelat siaran ESPN.

"Kanak-kanak perlu mendapatkan lesen untuk menjadi artis" jelas dan terang sebutan pembaca berita. "Kanak-kanak di bawah umur yang berhasrat menceburi bidang hiburan seperti menjadi pelakon, pemuzik atau penyanyi perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata mereka perlu mendapatkan kelulusan dan mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelakkan mereka dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran. Menerusi pindaan ini, dimaklumkan bahawa menteri akan menggubal peraturan-peraturan dan mereka yang ingin terlibat dalam industri hiburan perlu mengikuti beberapa proses di mana dalam proses itu ada panduan dan peraturan yang mesti dipatuhi.".

Kemudian terdengar ayah gua sayup-sayup bersuara, "Bagus juga tu. Yang muda-muda dapat gaji lagi banyak dari yang tua.".

Oleh kerana jawatan gua ialah penganggur kehormat, maka gua dapat rasakan ayat itu ditujukan khas untuk gua.

Perlahan-lahan gua letakkan 'remote' tv dan capai surat khabar Harian Metro berdekatan. Masuk bilik, gua terus selak bahagian 'Klassfields'. Kot-kot ada kerja kosong sebagai buruh sambilan.

Monday, December 13, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Apa Ada Hal: Selekeh Sudah Nak Jumpa Menteri

Assalamualaikum WBT

Klesemen abes mamat ni. Jumpa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pakai Round Neck T-Shirt, Sluar Jeans koko, Blazer Itam dan SNOWCAP.


Apa ada hal... selekeh sudah [aku menggeleng kepala].

Berita selanjutnya di MalaysiaKini: Dana Nasi Lemak 2.0.

Monday, December 6, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Al Kisah Di JPJ

Assalamualaikum WBT

Panas tengahhari di musim tengkujuh ni memang perit. Mencucuk-cucuk kulit aku yang putih lagi gebu ni. Aku lajukan hayunan kaki ke Jabatan Pengangkutan Jalan cawangan Petaling Jaya. Niat aku hanya satu, nak ambil maklumat kereta dan insuran orang yang langgar kereta aku untuk tuntutan insuran.

Dari luar, aku tengok orang bersepah-sepah. Aku isi borang, amik nombor giliran. "Mak Jenab tol, lagi 400 nombor.". Sabar itu separuh dari iman, aku teringat pesanan Ustazah Zakiah. Tempat duduk memang terhad. Nasib baik takde wanita mengandung atau warga emas. Tak payah aku nak offer tempat duduk aku.

30 minit kemudian.

Baru gerak 2 nombor. Lembab. Aku perhati keliling. Semua muka tak puas hati. Pastu aku ternampak iklan JPJ Putrajaya. Aku bingkas bangun menapak ke receptionist.

"Bang, JPJ Putrajaya boleh buat menda ni tak?" sambil aku tunjuk borang yang aku isi. Dengan mata yang bersinar-sinar dan wajah yang bercahaya, dia jawab "Boleh. JPJ Putrajaya ada kaunter jugak."

Aku masuk kereta, terus drive ke Putrajaya.

Kereta kena parking kat luar. Aku menapak dalam 1km, di bawah payung matahari tanpa awan untuk ke bangunan JPJ. Sampai je kat bangunan tu, aku disambut mesra oleh brader bergaya ala-ala metroseksual.

"Inchik, saya hendak dapatkan maklumat kenderaan yang telah melanggar saya." Aku memula bicara menggunakan bahasa kebangsaan. terkebil-kebil dia tengok borang yang aku hulur mesra. "Minta maaf inchik, kat sini dah tak de kaunter. Semua dah pindah Bangi. Inchik kena pergi Bangi ni.".

Aku dapat rasa darah pahlawan aku mula mendidih. "Tadi, JPJ PJ kata boleh buat kat sini." Aku tinggikan suara sket je. "Mungkin diaorang tak tahu kot." Brader tu membalas tenang.

"Korang makan gaji buta ke." Aku tembak sedas atas muka brader tu.

Aku ambil borang, jalan laju-laju, drive slow-slow, sampai bilik, tido.


0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

DugaanNya: Kena Langgar

Assalamualaikum WBT

Aku tak tahu nak start dari mana. Dah 2 hari hati aku tak tenang. Sejak aku kena langgar dengan seorang cilaka. Aku cuba jadi pemandu yang paling berhemah, tapi kena jugak.

Kereta aku tu baru 4 bulan kot. Aku rasa tak sedap sket bukan apa, sebab kereta tu ayah aku bayarkan. Aku tolong bawak pergi ke hulu ke hilir je. Walaupun kejadian itu bukan salah aku, bak kata Sarjan Zaiton "Cakap kat diaorang, ini bukan salah awak!",
tapi aku tetap rasa tak sedap hati.

Mungkin ketidak sedapan hati aku ni akan berlangsung sehingga segala urusan pasal kereta aku, terutamanya insuran selesai.


Ini bukan kereta aku. Cuma nak letak gambar je. Mungkin inilah akibat kereta cuba nak meneruni eskelator. Semacam je bangang driver ni?

Di permulaan tahun baru ini, aku mengangkat tangan dengan rendah hati bermohon kepada Allah SWT agar segalanya bertambah baik dan dipermudahkan urusan-urusan aku. Dan semoga Dia mengangkat resah hati aku ini. Amin.

p/s: Aku malas nak maki mamat yang langgar aku tu. Redho. Tapi kalu dia cari pasal, aku carik.

Friday, December 3, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Aku Tak Tahu Harga Petrol Naik

Assalamualaikum WBT

Bangsat. Petrol RON97 naik lagi. Aku tak perasan pon. Yelah, aku pon pakai RON95 sepertimana rakyat kebanyakkan lain. Sebab itu jugalah tiada suara-suara lantang membangkang kenaikan harga petrol RON97 ni. Bagi aku, ini satu langkah yang bijak dari kerajaan. Nanti tahun baru (2011), baru la akan dinaikkan harga RON95. Masa tu baru la semua nak mencarut.

Adakah kenaikan harga petrol ni untuk menampung kos pembinaan Menara Warisan? Satu lagi projek bangsat. Sedangkan KLCC pun banyak lagi ruang untuk disewa, ni nak buat pulak bangunan 100 tingkat (tambah 12 tingkat dari KLCC). Sape la nak sewa. Usahawan Melayu mampu la pulak nak menyewa tingkat tinggi-tinggi. DS Najib kata projek ni tak pakai duit kerajaan, pakai duit PNB. Banyak pulak duit PNB. RM5 Billion kot. Mana nak dapat... pinjam kerajaan la. Biasanya projek besar macam ni banyak kos luar jangka, macam projek tangguh, pasir tak cukup dan sebagainya. Jadi aku jangka, kos dia boleh naik sampai RM10 Billion.

Kata beliau jugak “Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.". Melompat la kontraktor-kontraktor sekalian. Masa ni la semua nak jadi kroni. Lompat kroni. "Lupakan Mahathir, lupakan Pak Lah, lupakan Anwar. Abang Najiblah yang satu" sorak kontraktor-kontraktor sekalian. Sekarang semua berlumba-lumba nak dapat lesen kelas A. Baru boleh masuk tender kerajaan. Baru masyuk.

Yang terseluk poket kiri kanan nak isi minyak ialah orang yang tak makan rasuah macam aku.
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sambungan

Assalamualaikum WBT

Seperti yang aku janjikan, aku akan bagitau sket update layout baru aku ni. Pertamanya, aku tukar tajuk blog aku dari 'sang pemimpi' kepada 'titah beta'. Kenapa aku pilih 'titah beta', sebab suka hati aku. Penambahan memang takde. Aku banyak buang widget seperti followers dengan shoutbox. Setelah aku blogging selama 2 tahun, orang yang follow blog aku 35 orang je. Jadi takde pekdah aku letak mende tu. Kemudian, shoutbox. Aku rasa ada dalam 3-4 orang je yang guna menda tu selama 2 tahun. Jadi tak berbaloi aku letak. Menda-menda ni semua buat lambat loading je. Korang jugak yang menyampah bila lambat loading kan.

Ok. Mulai hari ini, aku isytiharkan blog ni untuk aku. Bukan untuk korang. No more ayat skema. Suka hati aku nak tulis apa dalam blog ni. Korang takde pikir perasaan aku, buat apa aku nak pikir persepsi korang. Lantak aku la! Ok [titik].

Beberapa hari lepas, aku banyak pikir pasal orang, nak puaskan hati semua orang. Ada yang aku marah dan tegur jugak. Aku marah, tegur bukan suka-suka, aku marah sebab aku sayang. Tak nak kawan-kawan aku jadi orang yang tak menepati masa, dan berbohong. Mungkin ada yang silap paham, 'but i do what i have to do'. Kalau aku tak sayang kawan-kawan aku, aku biar lantak je diaorang. Tak nak semayang ke, tak nak pegi kelas ke, tak wat lab report sendiri ke, tak nak belajar ke. Aku tak peduli. Itu tanda aku tak sayang kawan aku. Yang mana kena tegur, kena marah dengan aku, itu tanda aku sayang korang.

Sekarang aku nak pikir pasal diri aku pulak. Aku perlukan sedikit ruang dan masa. Notes DSP belum bersentuh lagi. Aku nak studi, tak nak sambung lagi satu semester kat sini. Banyak lagi impian yang aku nak capai. Aku ni orang yang ada cita-cita. Aku nak buat buku sendiri, aku nak pegi melancong kat pulau kat Thailand, aku nak beli hartanah kat Kelantan, aku nak beli Kawasaki 250R dan macam-macam lagi.

Dan akhir sekali, beri la aku peluang untuk jadi diri aku.
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Baru

Assalamualaikum WBT

Mesti korang kagum tengok layout baru dan nama baru blog aku. Klaseman abes. Nanti aku update pasal features baru blog aku. Tapi sekarang aku nak pergi semayang jumaat dulu.