Thursday, January 13, 2011

Sekilas Sinar III

Assalamualaikum WBT

Hujung minggu lepas, gua berpeluang untuk turut serta dalam program Sekilas Sinar (SEKINAR) III. SEKINAR ni adalah program bersama anak-anak istimewa atau kurang upaya.




Gua sangat gemar untuk bersama dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ni sebab gua rasa penting untuk gua memberi semula kepada orang lain, terutamanya kepada masyarakat yang memerlukan.

Sepanjang program ni, gua banyak berfikir. Tentang betapa bertuahnya gua mampu menjalani kehidupan yang normal. Tentang betapa pengorbanan ibu dan bapa anak-anak istimewa ini. Tentang perasaan anak-anak istimewa ini walau pada hakikatnya, mereka tidak memahami perasaan mereka.

Anak-anak ini telah menyedarkan gua. Hidup gua senang, tapi tak pernah bersyukur. Gua merungut dalam banyak hal, walhal anak-anak ini lebih hebat ujiannya dan tidak pernah merungut. Gua malu. Betapa gua ternyata lemah berbanding anak-anak ini.




Kehadiran kami untuk mereka hanyalah sebentar. Namun gua harap kami dapat meninggalkan sedikit impak kepada anak-anak ini dan juga peserta yang hadir.

Doa gua, agar anak-anak ini dan keluarga mereka sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan urusan mereka.

0 comments: