Tuesday, January 25, 2011

Tag: 25 Random Things

Assalamualaikum WBT

Tadi gua dapat tag dari tauke kucing, abang zakuan. Sepanjang gua berblogging ni, jarang benar dapat tag nih. Member punya pasal, gua taram jugak.

25 Random Things About You.

1. Hari lahir gua jatuh pada 11 September 1987 (tulis dengan harapan dapat hadiah nanti).
2. Sekarang tengah layan citer series Hawaii Five-O.
3. Suka main segala jenis bola (sila pikir positif).
4. Makan apa saja yang boleh dimakan.
5. Kalau karoke, suka amik yang high note punya lagu (walaupun suara xsedap).
6. Sekarang gua banyak baca tulisan indi (independent).
7. Tak berapa nak minat dah politik, sikit2 boleh la.
8. Dalam hati ada taman.
9. Gua ni sensitif.
10. Tak tahu nak tulis apa dah, ada lagi 15 nak kena tulis. aduhaiyai
11. Gua nak cepat-cepat graduasi dari MMU.
12. Gua tak sabar nak hutang dengan bank beli superbike CBR250R.
13. Jangan ajak gua masuk segala jenis MLM.
14. Gua nak tulis sebijik buku.
15. Banyak sangat berfikir sampai gua tak tahu apa yang difikirkan.
16. Tengah belajar pasal kehidupan.
17. Gua nak masuk hutan, cari air terjun pastu berkhemah sambil buat bbq.
18. Gua erpegang pada moto 'Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan'.
18. Bila nak kawin?.
20. Gua juga tak suka asap rokok sebab ada kemungkinan gua mati awal sebab hisap asap rokok orang lain.
21. Ada lagi 5. Aduhaiyai.
22. Belajar la respek orang. Ye.
23. Gua seorang muslim.
24. Gua rindu zaman sekolah.
25. Bercita-cita nak jadi suami dan bapa yang soleh.

Itu sahaja. Tak tahu la menepati kriteria ke tak. Jadi gua ingat nak tag Che Det, Syed Azidi Aziz (Kickdafella), DS Najib 1 Malaysia, DS Anwar Ibrahim dan TukarTiub. =P

3 comments:

Anonymous said...

haahha...bagus2..dh buat..ekekke..:P


~mmmeeeooowww~

niksan said...

=))

Tabik spring kalau orang di tag tuh buat!

Agak agakla Raja. :P

fauzan said...

saje je test power. kot2 diaorang terbaca ke. ha3. harapan je la =))