Wednesday, January 5, 2011

Tak Ada Orang Nak Main Bola Ke?

Assalamualaikum WBT

Gua rasa sangat bosan. Sebenarnya fenomena bosan ni dah berlarutan selama seminggu. Mana tak nye, aktiviti harian gua berkisar tentang stalk status member kat Facebook, download cerita ntah pape kat Cybertrekker (site torrent untuk warga MMU), makan maggi, minum air mineral, tidur kol 12, mandi pakai sabun antabax, buang air kecil dan besar dan disudahi dengan belajar sikit-sikit. Hidup gua bukan untuk melayari alam maya semata-mata. Bukan untuk Facebook dan Blogging semata-mata. Tidak sama sekali.

Biasanya gua akan release kebosanan hari gua dengan bermain bola samada futsal atau padang. Tapi sejak dua menjak ni, dah tak de manusia nak main bola. Gua pun kurang mengerti sebabnya. Tak de pulak gua dengar pasal ada akiviti yang berfaedah petang-petang macam mengaji tajwid, dengar ceramah Ustaz Haron Din, main kompang atau yang sewaktu dengannya. Tak de. Gua pun dah tak mampu nak memikirkan sebab kenapa budak-budak tak nak main bola petang-petang.


Mungkinkah faktor kenaikan petrol harga Ron97 telah menyebabkan budak-budak putus harapan nak main bola? Macam tak de kaitan je... Memang tak la. Saje je gua nak sebut. Nak protes, nak marah, nak komen, bukan diaorang dengar pun. Sebab gua rasa tak de pulak bapak-bapak Menteri baca blog aku =D

Yang penting gua malas cakap pasal politk. Bikin gua panasssss je. Kesabaran gua pun tak berapa banyak sekarang.

p/s: Gua geleng kepala bila baca entri ni. Macam mana bola, harga minyak dan politik boleh disatukan dalam satu entri. Huh

0 comments: