Tuesday, February 22, 2011

Kira Hutang Lepas Belajar

Assalamualaikum WBT

Sekarang ni, gua tengah menghitung hari nak graduasi. InsyaAllah, dengan izin Allah, dalam 3 minggu lagi gua akan bergelar penganggur.

Sebagai seorang yang terpelajar, gua telah membuat anggaran kira-kira kos kehidupan gua lepas ni. Kalau gua nak beli kereta 1.5, kurang-kurang gua kena hutang dalam RM90K. Kalau gua nak beli rumah, gua kena hutang dalam RM200K. Kalau gua nak kawen pulak, gua kena hutang kurang-kurang RM20K.

Anggaran minimum hutang gua ialah RM310K untuk keperluan asas seorang manusia. Ni belum masuk hutang PTPTN lagi. Untuk jumlah sebanyak itu gua anggarkan gua akan berhutang selama 20 tahun (maksimum ansuran tahunan). Itu pun kalau gua dapat kerja ofis. Kalau kerja janitor, gua kena 'hold' dulu untuk hutang kereta dan rumah.

Gua rasa, ini adalah purata hutang rakyat Malaysia. Pemimpin kita cakap, kita ni negara membangun, hasil bumi bersepah (petroleum, balak, sawit), tapi gua macam tak pernah rasa je nikmat hasil bumi tu.

7 comments:

nik said...

cam mn nak rasa, lu bkn ada kebun balak pon! hahahha =)

p/s: kawen pon nak kena hutang gak keR?? nonononono

fauzan said...

kalau ada kebun balak, xyah la saya hutang nak kawen =)

ZaCKuaL said...

ehem2...apa lgik...kongsi2 la sorang skit.bru x hutang byk..ehee..:P

fauzan said...

kongsi ke? yang aku paham, lelaki kena bagi nafkah.. isteri kalau keje dapat gaji, tak yah bagi kat suami =)

nik said...

i like that statement~~
"isteri kalau keje dapat gaji, tak yah bagi kat suami"
hahaha


p/s: layout br

nik said...

i like that statement~~
"isteri kalau keje dapat gaji, tak yah bagi kat suami"
hahaha


p/s: layout br

fauzan said...

mmg btol la. hu3. suami yang wajib bagi =). tapi perkara2 begitu boleh di bawak berbincang kan =p