Sunday, February 6, 2011

Mimpi Nak Jadi Akauntan

Assalamualaikum WBT

Tiga pemuda harapan bangsa kelihatan sedang menghabiskan sisa petang mereka di atas pangkin di tepi padang ragut, berbekalkan gitar kapak yang hanya ada 3 tali. Kadang-kadang mereka memainkan lagu etnik kreatif, kadang-kadang mereka berbicara tentang masa depan.

Selesai Ayob mendendangkan lagu 'Cindai' nyanyian asal Siti Nurhaliza, Salem membuka bicara, "Gua ingat gua nak teruskan cita-cita jadi akauntan.". "Ai. Tiba-tiba je nak jadi akauntan. Pehalnye?" Zambri mencelah. Ayob menambah "Ce cerite, ce cerite". "Semalam gua mimpi Tok Alim. Dia suruh gua jadi akauntan" cerita Salem. "Ai, Dapat pulak kau mimpi Tok Alim. Sembahyang pun jarang-jarang." Ayob menyakat. "SPM pulak banyak yang tak lepas." Zambri menambah.

"Gua serius ni!" bentak Salem. "Ok. Kalau kau serius. Gua kasi test sket. Boleh?" balas Zambri. "Pantang anak Melayu dicabar" Salem tegas.
"Ujiannya ialah... 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. Ok kau sambung." tanya Zambri.
"Senang. 9, 10, Jack, Queen, King, Sat." Salem menjawab tenang.

Petang itu berakhir dengan sesi Ayob dan Zambri menganjing Salem.

Sekian.

0 comments: