Tuesday, February 1, 2011

Pertapaan

Assalamualaikum WBT

Sudah seminggu (lebih-lebih sikit) gua bertapa di pergunungan Siti Hasmah Lib. Seminggu jugaklah gua ulang-alik dari tempat beradu ke tempat bertapa. Jauhnya perjalanan hanya lelaki dengan semangat perjuagan sejati sahaja yang mampu mengagahinya. Namun hari ini, gua tewas. Gua tewas oleh dugaan mengantuk. Mungkin kerana petang tadi gua mengelat pergi main bola.

Esok gua tekad, tiada dugaan yang akan menjatuhkan gua. Persetankan dugaan dari sekuriti, nafsu dan sifat malas. InsyaAllah, gua akan berjaya.

2 comments:

: : F U A I : : said...

patutlaa stress..kesiannn

fauzan said...

ni ikhlas ke tak ikhlas ni?huu