Thursday, March 31, 2011

Akhirnya...

Assalamualaikum WBT

Blog ni dah jadi saksi perjalanan gua selama 4 tahun bermula tahun 2008 hingga sekarang. Blog ni [dan jugak blog kat freindster] jugalah yang menyaksikan 5 tahun perjalanan gua di MM@ sebagai pelajar. Hari ni gua sudah tidak lagi boleh memakai status pelajar. Berkuat kuasa hari ni gua akan gunapakai status penganggur.

5 tahun 6 bulan gua bertapak di MM@. Banyak yang kenangan yang gua kutip sepanjang perjalanan gua. Ada yang hitam, ada yang putih, ada juga pelangi. Kenangan dan pengalaman tu gua akan simpan dan kepam sampai gua mati. InsyaAllah.

Banyak hal yang gua hadapi. Tapi dalam 2 bulan lepas gua paling banyak belajar erti redha dan sabar. Apa yang gua belajar dalam 2 bulan lepas memang gua tak pernah kutip selama 24 tahun gua hidup di dunia ni. Mungkin pengajaran yang sedikit selama 24 tahun itu, menyumbang kepada pengajaran paling 'ultimate' kepada gua.

Gua takkan lupa membe2 gua yang telah sekit sebanyak menyumbang kepada perjalanan gua.

Entri ini mungkin agak poyo. Tapi tak mengapa. Bukan orang lain pon yang baca =P

Jumpa lu orang dalam bab seterusnya dalam kehidupan gua.

3 comments:

ZaCKuaL said...

pojan..jgn lupakan diriku ini yaa..haha..:D



~mmmeeeoooowwww~

fauzan said...

owh... belaian manja mu itu takkan kulupakan. awwww

nik said...

terbaeeekkk lah lu :P