Monday, March 7, 2011

Buku Kassim Ahmad

Assalamualaikum WBT

Gua sekarang ni tengah mencari-cari bahan bacaan yang berunsurkan kehidupan, contoh terbaik adalah novel 'Sang Pemimpi' karya andrea hirata. Gua kecewa kerana banyak syarikat penerbitan tak mampu nak terbitkan karya-karya yang bermutu seperti 'Sang Pemimpi'. Balik-balik cerita cinta, sejarah, resepi, cik lit dan panduan-panduan.

Dalam gua dok mencari-cari, gua bertemu novel berbentuk 'memoir' oleh Kassim Ahmad bertajuk 'Universiti Kedua'. Gua angkat tengok nak baca sinopsis. Buku tu cerita pasal pengalaman dia kena tangkap dengan ISA. Selesai baca sinopsis, gua rasa kurang enak. Gua letak balik buku tu elok2. Takut akak MPH mengamuk pulak. Gua rasa elok gua balik buat research dulu pasal buku tu.


Mula-mula gua google 'kassim ahmad universiti kedua'. Keluar la review-review pasal buku tu. Pastu mata gua terpana (cewah) sekejap kat 'Hadis - Satu Penilaian Semula'. Gua klik. Rupanya ni salah satu karya dia.


Gua google lagi 'Kassim Ahmad Hadis Satu Penilaian Semula'. Yang menariknya, gua telah ditemukan dengan link dari JAKIM. Rupanya buku tu telah diharamkan oleh JAKIM. Gua cari review buku ni. Setelah baca sikit-sebanyak, gua rasa elok gua jauhi karya-karya dari beliau. Bukan apa, gua ni imannya ciput dan belajar agama tak sampai ke Al-Azhar.

Ramai jugak yang menyokong dan menyetujui buku ni. Bagi gua, takkan gua nak tolak apa yang JAKIM fatwakan. Dan bukan kuasa gua jugak untuk menuduh, melebel dan menghakimi dia. Gua hanya mengelakkan diri gua dari bahan bacaan yang berkemungkinan besar boleh merosakkan gua. Tu je.

Gua pilih jalan selamat je. Bajet gua pon agak 'tight' sekarang, jadi gua rasa elok kiranya cari bahan bacaan lain.

Dalam gua dok google tu jugak, gua ditemukan dengan website orang islam kata anjing tu kurang haram. Siap dok bela, peluk cium lagi. Hurm. Gua tak nak komen sebab tu bukan bidang gua. Elok lu orang tanya imam kat masjid kawasan lu orang. Tapi bagi gua, banyak lagi haiwan lain yang boleh dibela, dipeluk cium seperti kucing, hamster, sugar glider, tupai, burung bahkan ikan. Kenapa nak pilih anjing jugak? Tapi jangan berlaku kejam atau zalim kat anjing ye.

Gua kalau nampak anjing memang gua lari je. Tak pun tunggu anjing tu lari. ha3. Penakut.

5 comments:

@ dramatic unique @ said...

haii ManggaAds Partner..nice blog..i dah follow.. follow me back ok.. TQ.. :)

fauzan said...

hi. thanks a lot. dah folow dah =)

Ainul Mardziah said...

salam sejahtera, singgah sekejap kat blog ni good writter.

fauzan said...

salam. singgah lama2 pon xpe =p. good writer? is it me or kassim ahmad? hu3

Anonymous said...

Agama itu bukan ikutan, Soalan saya kepada kamu:
1. kenapa kita beragama islam?
2. Mengapa Islam?
3. Islam yang manakah yang dbawa rasul?
4. pasti?
5. kalau salah?

*tolong jawab pada diri sendiri. harap tiada jawapan berlandaskan makhluk..