Wednesday, March 2, 2011

Mengaji Masa Kecik Dulu

Assalamualaikum WBT

Suatu hari masa gua tengah tunggu dobi, gua terpandang sekumpulan budak [5 orang kot] berbaju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan, berjalan membawa quran. Gua ingat diaorang nak pergi mengaji kat masjid tu. Pastu gua teringat kenangan gua mengaji masa kecik dulu.

Dulu lepas abes sesi sekolah [rendah], gua akan sambung pergi kelas mengaji quran kat masjid. Biasanya gua akan gerak bersama adik gua dalam pukol 3.30 petang dengan basikal. Rajin jugak gua mengaji dulu. Alhamdullilah, berkat usaha gua dan juga paksaan ibu dan ayah, sekarang gua dapat baca quran dengan baik. Terima kasih sejuta bintang kepada Puan Salmah dan Tuan Hj Raja Sulaiman. InsyaAllah, gua akan teruskan kesinambungan ini kepada bakal anak gua.

Part paling syok, bila time balik mengaji. Biasanya gua dan adik gua akan melencong ke kedai runcit untuk meng'usha' permainan-permainan terbaru seperti layang-layang, gasing, kereta tamiya dan sebagainya. Gua jarang-jarang beli sebab bajet 'vurst'. Biasanya gua akan kumpul duit, cukup hujung minggu gua rembat buku "Wira Tunggal".

p/s: gua paling minat watak Maharaja Topeng Perak. Dia pakai Hikmat Nga Pi 99 Petala Langit. Pastu dengan Sang Asura. Hehehe.



2 comments:

Al said...

dr mengaji ke wira tunggal..hmmm iron kn

pendekar laut sblm tu layan gk?

fauzan said...

ha3. standek la budak2. aku layan wira tunggal pendekar laut. wira tunggal infiniti tak layan sgt =)