Friday, May 20, 2011

Tak Keruan

Assalamualaikum WBT

Semenjak gua duduk rumah ni. Hidup gua jadi tidak keruan. Semuanya sebab internet. Kat Changlun, broadband lembab tahap siput babi tua yang tunggu masa nak kena lenyek dengan lori balak punya lembab.

Oleh kerana ketiadaan internet yang menjadi sumber pengetahuan, maka gua terpaksa beralih arah kembali kepada TV dan suratkhabar.

Ok. TV gua tengok berita AWANI dan channel selain RTM. Suratkhabar pulak gua baca dari belakang ke depan, stail jawi (padahal meyampah dengan bahagian politik).

Seriau juga gua tengok politik kat TV. Tak pelik lah kalau orang muda tak nak jadi ahli politik.

0 comments: