Saturday, June 18, 2011

Beriani AtTaqwa

Assalamualaikum WBT

Elok-elok gua tidur, gua mendapat satu panggilan dari pejabat. Oleh kerana ada kekeliruan dalam jadual syif maka ada staf yang tak tahu dia kena kerja syif tu. Jadi gua dengan rela hati ganti syif dia.

Gua kerja macam biasa je. Tak ada yang pelik.

Oleh kerana hari tu hari Jumaat, makanya gua wajib pergi sembahyang Jumaat.

Lepas siap sembahyang Jumaat, ofismate gua ajak layan nasi beryani depan masjid. Ramai juga yang beratur. Perkara pertama untuk dinilai pada nasi beryani ialah kepanjangan nasi itu. Makin panjang makin sedap. Dan ternyata nasi beryani ni agak panjang. Oleh kerana lauk kambing sudah habis, makanya gua amik ayam merah.

Meja penuh pulak. Gua dengan ofismate gua nekad makan tepi divider jalan. Dugaan hari Jumaat, tiba-tiba hujan pulak. Nasib baik renyai-renyai. Jadinya agak banjir la pinggan beryani gua dengan tanbahan air hujan. Dah bawah khemah tu penuh, gua makan sambil berdiri je. Nasib baik kesedapan nasi beryani tu membuatkan gua lupa gua sedang berdiri.

Selesai makan, gua rasa tak sedap hati. Mungkin mainan perasaan je. Gua keluarkan dompet. Makin berdebar pulak rasanya. Gua jeling manja dalam dompet gua, ngam-ngam RM 10. Nasib baik harga beryani RM 7.


Lain kali, check baki dalam dompet sebelum makan.


4 comments:

niksan said...

Salam,

Waaaa, Ain da byk kali nak try tp xpenah lagi berjaya. Kedai tuh buka kol bape Raja? ^^

fauzan said...

Salam.

Tak pasti pulak pukul brape bukak. Tapi rasa sebelum semayang jumaat la kot. sebab ada akak jugak yg jd touke. Apa daa... dah 7bln kat sini tak pernah merasa ke? raja baru 2mggu kot =0

niksan said...

Alaaaa~ Kecoh la Raja. Anfal lagi lama tp xpenah try jugak. G perli Anfal. :P Hehe~!

Nway, thanks tadi. :D Pasni boleh pass ape2 kt Raja terus. :P

fauzan said...

ha3. korang sama je. rugi2 =p

lor. pass kat raja, raja pass kat org lain =))