Monday, June 13, 2011

Kemeja

Assalamualaikum WBT

Gua ni jenis orang yang merendah diri. Merendah diri ni termasuklah dengan memakai pakaian second hand sama ada gua warisi dari abang atau ayah gua. Kadang-kadang gua pergi supermarket, tertengok jugak baju yang berkenan di hati gua. Gua tengok tag harga, kemudian gua seluk poket seluar. Kempis. Gua letak balik baju tu perlahan-lahan. Gua ingat baik gua gunakan RM10 balance dalam poket buat minum teh ais kedai Asmadi.

Tapi tadi, perasaan merendah diri yang gua sedia tanamkan sejak kecil tersentap. Sambil makan tengahhari, ofismate gua cakap, "Brapa umor?". Sambil mencicip ayam gua jawab, "Baru masuk 24". "Lu nampak tua, macam nak masuk 30-an je." ofismate gua menambah. Gua sentap. Ayam masak blackpepper yang awal-awal sedap, tiba-tiba jadi tak sedap. "Sebab muka gua matang sikit kot" gua jawab tenang. Ikut sunnah Rasullulah, yakni bersabar. Ofismate gua menjawab penuh yakin "Gua rasa bukan sebab muka lu. Gua rasa sebab baju lu kot".

Gua sengih jelah. Nak buat macam mana, dah baju tu gua warisi dari ayah gua. Memang la gua akan nampak matang sikit.

Sekarang ni gua di persimpangan, nak beli baju kemeja baru ke simpan duit lebih buat belanja kawen?

Apa kata lu orang?

5 comments:

nik said...

ada gak ye org tegur pasal bj camtu?
cam pompuan. ahaha

zati said...

dah xpayah nk mengada tuka baju mahal2 sbb aku cakap.. belasah kang..
sorry eh sbb ckp cmtu.. sedang rasa bersalah tersangat2.. T.T

fauzan said...

nik- org 2nd comment dah ngaku. ha3

zati- lek2. aku tulis je tu. xde apa-apa pon. isu semasa. cmne la ko bleh jmpa blog aku. ha3

zati said...

hahahaha. taulaaaaaaaaaaaaaaa.. hahahaha.. kene berhati2 la pasni.. sbb ko tulis ko seorang sensitif. :p

akmal said...

leks wei, janji sore ko best!
bkn leh nampak pon ko pakai baju apa dlm phone. hahaha
syukur lah blaja x hutang, jgn kawen nak hutang lak :P