Sunday, June 19, 2011

Pemuda UMNO akan teruskan perhimpunan di ibu negara 9 Julai

Assalamualaikum WBT

Dah pulak dah...

Pemuda UMNO akan teruskan perhimpunan di ibu negara 9 Julai

REMBAU 18 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO tetap akan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai ini walaupun terpaksa berhadapan dengan tindakan daripada pihak berkuasa.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu pergerakan tersebut memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekiranya mereka gagal mematuhi nasihat beliau agar tidak mengadakan perhimpunan berkenaan.

"Semalam, saya telah memaklumkan kepada Hishammuddin dan mengatakan ini bukan keputusan saya seorang tetapi keputusan sebulat suara Pemuda UMNO.

"Maka Pemuda UMNO akan meneruskan perhimpunan itu kerana kita tidak menyokong perhimpunan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada tarikh yang sama," katanya sewaktu ditemui pemberita di Hutan Lipur Gunung Datuk dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau menegaskan, perhimpunan Bersih jelas membawa agenda pembangkang, walaupun digerakkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Sebenarnya platform mereka bukan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil tetapi untuk memberi gambaran kepada dunia bahawa negara ini tidak menghormati demokrasi, tidak mengamalkan kebebasan dan tidak bagus.

"Apa yang Pemuda UMNO hendak lakukan adalah menunjukkan suara rakyat bahawa kita tidak dimonopoli oleh suara pembangkang, selain memorandum menyokong sistem pilihan raya dan demokrasi yang diamalkan selama ini," tegasnya.

Katanya, Pemuda UMNO sedia berhadapan tindakan pasukan keselamatan kerana keputusan untuk berhimpun dan berarak pada 9 Julai depan telah dibuat dan ia pasti berlaku.

Khairy juga menjelaskan, Pemuda UMNO akan memohon permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Kalau polis tidak benarkan, kita akan tetap teruskan kerana itu hak kita. Kalau Bersih boleh buat, kita juga boleh buat. Kita juga ada mesej yang hendak disampaikan," tegasnya.

Beliau juga mahu Pemuda UMNO tidak melakukan sebarang provokasi kepada mana-mana pihak ketika perhimpunan dan perarakan itu diadakan kelak.

"Perhimpunan Pemuda UMNO tidak ada kaitan dengan Bersih mahupun apa yang hendak dilakukan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)," jelas beliau.

Kelmarin, Pemuda UMNO mengumumkan pendiriannya akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan membaik pulih sistem demokrasi di negara ini.


[Petikan UTUSAN MALAYSIA 19 Jun 2011]

Hari tu kemain kutuk ye. Diaorang nak join tu sebenarnya, tapi malu-malu plak kan. Dan lama tidak me'monyetkan' diri sendiri ye dak. Tak pe - tak pe, sama-sama le kena sembur dengan air garam ye.

2 comments:

niksan said...

Nanti kita bilang gne jari berapa yg join dieorg. Awk nk ikot kira? :))

fauzan said...

ha3. xpayah la kira. buat susah2 je. nnt utusan kira 10 ribu pemuda yg tron =p