Thursday, June 23, 2011

Perihal Penunggang Motor

Assalamualaikum WBT

Tengok berita seminggu-dua ni, gua jadi kecut perut. Gua ni pemberani orangnya (cewah) tapi bila mengenangkan mati, perut mana tak kecut. Ye dak?

Berita ni jenis berita penunggang motor mati kepala terpenggal dari badan dilanyak lori 16 tayar. Sedang elok pulak gua sekarang pergi kerja naik motor. Kadang-kadang je gua bawak laju. Pasal gua tahu, motor yang gua bawak tu bukan tahan sangat, kena nasib tak elok, barai enjin tengah jalan.

Yang menjadikan gua kecut perut tu sebab kebanyakkan kes yang gua baca, bukan salah penunggang motor pon, banyak eksiden tu berlaku sebab kecuaian kenderaan lain yang lagi besar dari motor. Akibatnya, penunggang motor yang berhemah macam gua ni yang kena teruk.

Acap kali.... acap kali.... acap kali dah gua berdepan situasi sipi-sipi nak eksiden nih. Mujur Allah sayang lagi kat gua.

Kalau lu orang bawak kereta atau lori, gua nasihatkan, prihatin sikit la kot kat penunggang motor ni. Ye.

p/s: gua tak sanggup nak letak gambar-gambar yang gua jumpa. semua jenis terburai otak.

0 comments: