Friday, July 1, 2011

Obesiti Murid...

Assalamualaikum WBT

Pagi tadi gua ada tengok MHI. Isunya, 1Murid 1Sukan. Pastu ada la dia panggil budak-budak dari Kelab Stealth Shah Alam buat demo. Boleh tahan jugak la budak-budak umor 6-12 tahun ni main kayu Silambam dengan Nunchaku.

Bila ditemuramah, Pengasas kelab ni kata untuk meyambut seruan kerajaan "1Murid 1Sukan" dan jugak untuk mengurangkan masalah obesiti kanak-kanak Malaysia.

Gua jeling-jeling budak-budak dalam TV tu. Tak de sorang pon yang obesiti.

Dengan ini kelab ini tidak mencapai tujuan penubuhan dan budak-budak obesiti still tengah main PS3 di rumah.

0 comments: