Friday, October 7, 2011

Ketika Marah

Assalamualaikum WBT

Bersarang sudah blog ni. Tak sempat nak update. Diri sendiri pun tidak terurus. Kerja gua sekarang ini amat memberi tekanan, sebabnya pelanggan yang gua jaga ni semua jenis kritikal, jenis bayar juta-juta. Banyak kali gua rasa marah, tertekan dan yang seangkatan dengannya. Gua berjumpa dengan satu artikel. Gua cedok separuh untuk jadikan peringatan untuk kita semua. Lebih, lu orang kena baca kat blog Bahrudin Bekri. K.

Bagi memahaminnya, saya tahu saya perlu mencari 'sesuatu' yang patut, dan pada ketika mencari apa yang patut itulah, baru saya tersedar sesuatu pada perkataan 'berlapang dada' dan 'sabar'. Itulah perkataan yang disalahfahamkan sejak sekian lama. Berlapang dada itu tidak terjadi sekiranya kamu tidak marah, tidak kecewa dan tidak sedih. 'Berlapang dada' dan 'sabar' adalah proses selepas rasa marah, sedih dan kecewa itu datang.

Tidak ada istilah 'berlapang dada' dan 'sabar' sekiranya kamu tidak merasai kecewa, tidak merasai sedih dan marah. Yang ada, adalah manusia yang tidak ada perasaan.

Itu saya yakin kerana, bagaimana kita mahu memahami hadis ini? Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.”

Adakah maksud hadis itu, difahami sebagai tidak boleh marah?

Begitu jugalah dengan hadis ini, riwayat Iman Ahmad. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.”

Apa yang jelas, cara mengawal marah itu yang ditekankan, kerana marah, kecewa dan sedih itu sendiri datang tanpa kita bersedia.

2 comments:

youknowwho said...

aku punnnnn!

youknowwho said...

haihh. i feel you man. whyyy?