Saturday, November 26, 2011

OH! Random #1

Assalamualaikum WBT

Abes keje pagi tadi, gua pandu kereta rilek-rilek pulang ke rumah. Saje amik angin pagi. OK, ini tipu, pasal aku bukak aircond. Saje tengok matahari pagi. Baru betul. Sambil-sambil tu, gua bukak radio Hot FM. FBI ni boleh tahan bangang pagi-pagi ni.

Sedang elok dok tunggu traffic light depan rumah, aku di hiburkan dengan prank call (panggilan hangit) oleh FBI kepada cikgu muda. Dipendekkan cerita, FBI ni jadi orang kat Kementerian Pelajaran dan nak transfer cikgu ni pegi Sarawak. Punyalah cuak diaorang ni dan memang tak nak pegi, siap bagi alasan ada masalah kesihatan dan kena duduk dekat klinik atau spetal.

Abes prank call, gelak-gelak.

Gua terpikir, Sabah dan Sarawak tu Malaysia jugak, tapi dia punya tak nak pegi tuh, macam nak pegi berperang. Sampai bila agaknya anak-anak di Sabah dan Sarawak akan mendapat pendidikan yang bagus seperti di Semenanjung. Jauh lagi la nampaknya nak capai Wawasan 2020.

Satu lagi... kepada PAGE, tak payah dok galak sangat nak adakan balik PPSMI tu...elok korang perjuangkan nasib pendidikan anak-anak di Sabah dan Sarawak.


0 comments: