Friday, January 28, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Inspiring V-Log

Assalamualaikum WBT

What a noble heart! Kepada gadis-gadis diluar sana, cubalah kalau boleh cari bakal suami yang macam ni.


Wednesday, January 26, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Salut Kepada Mohammed Bouazizi

Assalamualaikum WBT

Pertama-tamanya, gua nak tabik hormat kepada Mohammed Bouazizi. Siapa dia ni? Bouazizi adalah pejuang rakyat yang telah syahid dah syahid beliau telah membangkitkan revolusi rakyat Tunisia untuk menggulingkan kerajaan Presiden Ben Ali yang korup.


Cerita selebihnya boleh dibaca di africasource.com, Ibtimes dan saharareporters.com.

Dah lama gua nak tulis menda ni, tapi gua menunggu masa yang sesuai dan juga sumber-sumber yang sahih. Tapi akhirnya, gua akur, menda ni gua tak boleh tulis, jadi korang baca sendiri. Pikir sendiri.

Rakyat. Penindasan. Revolusi. Salut.

Tuesday, January 25, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tag: 25 Random Things

Assalamualaikum WBT

Tadi gua dapat tag dari tauke kucing, abang zakuan. Sepanjang gua berblogging ni, jarang benar dapat tag nih. Member punya pasal, gua taram jugak.

25 Random Things About You.

1. Hari lahir gua jatuh pada 11 September 1987 (tulis dengan harapan dapat hadiah nanti).
2. Sekarang tengah layan citer series Hawaii Five-O.
3. Suka main segala jenis bola (sila pikir positif).
4. Makan apa saja yang boleh dimakan.
5. Kalau karoke, suka amik yang high note punya lagu (walaupun suara xsedap).
6. Sekarang gua banyak baca tulisan indi (independent).
7. Tak berapa nak minat dah politik, sikit2 boleh la.
8. Dalam hati ada taman.
9. Gua ni sensitif.
10. Tak tahu nak tulis apa dah, ada lagi 15 nak kena tulis. aduhaiyai
11. Gua nak cepat-cepat graduasi dari MMU.
12. Gua tak sabar nak hutang dengan bank beli superbike CBR250R.
13. Jangan ajak gua masuk segala jenis MLM.
14. Gua nak tulis sebijik buku.
15. Banyak sangat berfikir sampai gua tak tahu apa yang difikirkan.
16. Tengah belajar pasal kehidupan.
17. Gua nak masuk hutan, cari air terjun pastu berkhemah sambil buat bbq.
18. Gua erpegang pada moto 'Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan'.
18. Bila nak kawin?.
20. Gua juga tak suka asap rokok sebab ada kemungkinan gua mati awal sebab hisap asap rokok orang lain.
21. Ada lagi 5. Aduhaiyai.
22. Belajar la respek orang. Ye.
23. Gua seorang muslim.
24. Gua rindu zaman sekolah.
25. Bercita-cita nak jadi suami dan bapa yang soleh.

Itu sahaja. Tak tahu la menepati kriteria ke tak. Jadi gua ingat nak tag Che Det, Syed Azidi Aziz (Kickdafella), DS Najib 1 Malaysia, DS Anwar Ibrahim dan TukarTiub. =P

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Respek

Assalamualaikum WBT

Dah lama gua pendam menda ni. Lu orang sibuk buat assignment yang mesti dihantar (esok) sampai ke pagi, rajin ya amat 'stay-up' untuk study sampai ke pagi, petik gitar yang jarang-jarang keluar tone merdu sampai ke pagi, chatting dengan awek baru kenal kat Facebook sampai ke pagi ataupun marathon drama korea 56 episod (setiap episod berdurasi 49 minit) sampai ke pagi. Alih-alih, lagi 20 minit nak azan subuh, lu orang naik katil, tarik selimut dan tidur.

Gua diam seribu bahasa.

Monday, January 24, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Hujan Pagi: A Samad Said

Assalamualaikum WBT

Lama juga gua mencari blog idola gua ni. Akhirnya berjumpa juga. Kalau korang minat sastera atau A Samad Said, sila ke url berikut Hujan Pagi.


Thursday, January 20, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Eksiden Ni Gua Tengok Je, Tak Mampu Nak Komen

Assalamualaikum WBBT

Gua tak pasti apa yang pemandu Myvi tu cuba nak buat.


Wednesday, January 19, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Cerita Kosong #1

Assalamualaikum WBT

Masa sekolah rendah nak masuk sekolah menengah, gua ada juga bercita-cita nak masuk sekolah agama, tapi dicantas setelah gua diterima masuk ke sekolah asrama penuh konvensional aliran sains.

Kalau tak, gua dah jadi ustaz dan hafal doa tahlil arwah.
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Buku Pasport

Assalamualaikum WBT

Gua kolek-kolek laci, kasi kemas sikit. Memang budaya pembersih ni dah sebati dengan jiwa gua. Tiba-tiba gua terpandang buku merah bertulis 'Pasport Malaysia'. Baru ada satu stamp yakni semasa gua berkunjung ke Singapore untuk majlis nikah kahwin sepupu gua pada tahun 2009.

Ini tak boleh jadi ni, mana baloi bayar Rm300 baru sekali guna. Gua bukak CIMBCLICKS nak tengok baki akaun sambil menaruh harapan nak melencong ke Australia. Hampa. Gua akan bingkai elok-elok pasport tu.

Friday, January 14, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sebat Tabung Masjid

Assalamualaikum WBT

Lepas solat jumaat, gua bersama rakan-rakan gua featuring Zack, Pejal dan Pidut bersidang di tangga masjid untuk berbincang akan hal-ehwal semasa. Banyak juga hal yang dibincangkan dan diputuskan. Oleh kerana gua jarang-jarang ke masjid, maka Zack yakni siak masjid, update perkembangan terbaru hal-hal masjid.

"Hang tau dak, semalam tabung besi masjid (yang ditambat kat tiang dengan rantai besi) kena curik.". Gua tergamam. Gua selalu dengar orang curi laptop dengan dompet kat masjid, tapi gua jarang sekali dengar orang sebat tabung masjid. Perasaan gua bercampur-baur - marah, sedih, kecewa dan sebagainya. Gua pasti, toyol pun tak sebat tabung masjid.

Gua rasa sudah tiba masanya untuk berbuat sesuatu agar masjid menjadi tempat yang lebih selamat. Lu orang setuju?


Thursday, January 13, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sekilas Sinar III

Assalamualaikum WBT

Hujung minggu lepas, gua berpeluang untuk turut serta dalam program Sekilas Sinar (SEKINAR) III. SEKINAR ni adalah program bersama anak-anak istimewa atau kurang upaya.




Gua sangat gemar untuk bersama dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ni sebab gua rasa penting untuk gua memberi semula kepada orang lain, terutamanya kepada masyarakat yang memerlukan.

Sepanjang program ni, gua banyak berfikir. Tentang betapa bertuahnya gua mampu menjalani kehidupan yang normal. Tentang betapa pengorbanan ibu dan bapa anak-anak istimewa ini. Tentang perasaan anak-anak istimewa ini walau pada hakikatnya, mereka tidak memahami perasaan mereka.

Anak-anak ini telah menyedarkan gua. Hidup gua senang, tapi tak pernah bersyukur. Gua merungut dalam banyak hal, walhal anak-anak ini lebih hebat ujiannya dan tidak pernah merungut. Gua malu. Betapa gua ternyata lemah berbanding anak-anak ini.




Kehadiran kami untuk mereka hanyalah sebentar. Namun gua harap kami dapat meninggalkan sedikit impak kepada anak-anak ini dan juga peserta yang hadir.

Doa gua, agar anak-anak ini dan keluarga mereka sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan urusan mereka.

Wednesday, January 5, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tak Ada Orang Nak Main Bola Ke?

Assalamualaikum WBT

Gua rasa sangat bosan. Sebenarnya fenomena bosan ni dah berlarutan selama seminggu. Mana tak nye, aktiviti harian gua berkisar tentang stalk status member kat Facebook, download cerita ntah pape kat Cybertrekker (site torrent untuk warga MMU), makan maggi, minum air mineral, tidur kol 12, mandi pakai sabun antabax, buang air kecil dan besar dan disudahi dengan belajar sikit-sikit. Hidup gua bukan untuk melayari alam maya semata-mata. Bukan untuk Facebook dan Blogging semata-mata. Tidak sama sekali.

Biasanya gua akan release kebosanan hari gua dengan bermain bola samada futsal atau padang. Tapi sejak dua menjak ni, dah tak de manusia nak main bola. Gua pun kurang mengerti sebabnya. Tak de pulak gua dengar pasal ada akiviti yang berfaedah petang-petang macam mengaji tajwid, dengar ceramah Ustaz Haron Din, main kompang atau yang sewaktu dengannya. Tak de. Gua pun dah tak mampu nak memikirkan sebab kenapa budak-budak tak nak main bola petang-petang.


Mungkinkah faktor kenaikan petrol harga Ron97 telah menyebabkan budak-budak putus harapan nak main bola? Macam tak de kaitan je... Memang tak la. Saje je gua nak sebut. Nak protes, nak marah, nak komen, bukan diaorang dengar pun. Sebab gua rasa tak de pulak bapak-bapak Menteri baca blog aku =D

Yang penting gua malas cakap pasal politk. Bikin gua panasssss je. Kesabaran gua pun tak berapa banyak sekarang.

p/s: Gua geleng kepala bila baca entri ni. Macam mana bola, harga minyak dan politik boleh disatukan dalam satu entri. Huh

Monday, January 3, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Help


Assalamualaikum WBT

"Artikel di bawah menggunakan bahasa inggeris 'standard' Oxford. Ayat-ayat yang digunakan mungkin mencabar minda budak-budak yang baru daftar sekolah rendah."

Man can be successful after pain and hardship, but none of them is successful after a long night sleep and playing games.

I cannot help them unless they help themselves. Neither I wouldn't help them if they didn't make any effort to help themselves.

May Allah SWT help those that still in long sweet dreams.

p/s: Umur dah 24. Sedar la yoep.