Tuesday, February 22, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kira Hutang Lepas Belajar

Assalamualaikum WBT

Sekarang ni, gua tengah menghitung hari nak graduasi. InsyaAllah, dengan izin Allah, dalam 3 minggu lagi gua akan bergelar penganggur.

Sebagai seorang yang terpelajar, gua telah membuat anggaran kira-kira kos kehidupan gua lepas ni. Kalau gua nak beli kereta 1.5, kurang-kurang gua kena hutang dalam RM90K. Kalau gua nak beli rumah, gua kena hutang dalam RM200K. Kalau gua nak kawen pulak, gua kena hutang kurang-kurang RM20K.

Anggaran minimum hutang gua ialah RM310K untuk keperluan asas seorang manusia. Ni belum masuk hutang PTPTN lagi. Untuk jumlah sebanyak itu gua anggarkan gua akan berhutang selama 20 tahun (maksimum ansuran tahunan). Itu pun kalau gua dapat kerja ofis. Kalau kerja janitor, gua kena 'hold' dulu untuk hutang kereta dan rumah.

Gua rasa, ini adalah purata hutang rakyat Malaysia. Pemimpin kita cakap, kita ni negara membangun, hasil bumi bersepah (petroleum, balak, sawit), tapi gua macam tak pernah rasa je nikmat hasil bumi tu.

Sunday, February 13, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

I Am 23

Assalamualaikum WBT

I hate the fact that I still stuck in MMU and pawing my bank account to eat.





And I'm 23.

Tuesday, February 8, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kasut Bemulut Buaya

Assalamualaikum WBT

Oleh kerana gua beli kasut Adidas F30 'ciplak' kat Uptown Shah Alam makanya, tak sampai setahun, kasut tu dah bermulut buaya kat depan.


Kasut bermulut buaya ni amat mengganggu permainan gua ala-ala 'Xavi of Barcelona'. Gua tak dapat lakukan hantaran-hantaran tepat yang biasa gua buat. 'Through pass' yang menjadi 'trademark' gua juga tak mampu dilakukan. Namun berbekalkan semangat perjuangan harmoni (pinjam tagline Zack), gua cuba juga membuat hantaran-hantaran cantik kepada 'teammate' gua walaupun ia menyebabkan gua sakit pinggang dan belakang.

11 September (baca: ESOK) ialah hari lahir gua. Ada sape-sape nak hadiahkan kasut ni?

'ADIDAS SALA'

Sunday, February 6, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Mimpi Nak Jadi Akauntan

Assalamualaikum WBT

Tiga pemuda harapan bangsa kelihatan sedang menghabiskan sisa petang mereka di atas pangkin di tepi padang ragut, berbekalkan gitar kapak yang hanya ada 3 tali. Kadang-kadang mereka memainkan lagu etnik kreatif, kadang-kadang mereka berbicara tentang masa depan.

Selesai Ayob mendendangkan lagu 'Cindai' nyanyian asal Siti Nurhaliza, Salem membuka bicara, "Gua ingat gua nak teruskan cita-cita jadi akauntan.". "Ai. Tiba-tiba je nak jadi akauntan. Pehalnye?" Zambri mencelah. Ayob menambah "Ce cerite, ce cerite". "Semalam gua mimpi Tok Alim. Dia suruh gua jadi akauntan" cerita Salem. "Ai, Dapat pulak kau mimpi Tok Alim. Sembahyang pun jarang-jarang." Ayob menyakat. "SPM pulak banyak yang tak lepas." Zambri menambah.

"Gua serius ni!" bentak Salem. "Ok. Kalau kau serius. Gua kasi test sket. Boleh?" balas Zambri. "Pantang anak Melayu dicabar" Salem tegas.
"Ujiannya ialah... 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. Ok kau sambung." tanya Zambri.
"Senang. 9, 10, Jack, Queen, King, Sat." Salem menjawab tenang.

Petang itu berakhir dengan sesi Ayob dan Zambri menganjing Salem.

Sekian.

Tuesday, February 1, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Pertapaan

Assalamualaikum WBT

Sudah seminggu (lebih-lebih sikit) gua bertapa di pergunungan Siti Hasmah Lib. Seminggu jugaklah gua ulang-alik dari tempat beradu ke tempat bertapa. Jauhnya perjalanan hanya lelaki dengan semangat perjuagan sejati sahaja yang mampu mengagahinya. Namun hari ini, gua tewas. Gua tewas oleh dugaan mengantuk. Mungkin kerana petang tadi gua mengelat pergi main bola.

Esok gua tekad, tiada dugaan yang akan menjatuhkan gua. Persetankan dugaan dari sekuriti, nafsu dan sifat malas. InsyaAllah, gua akan berjaya.