Thursday, March 31, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Akhirnya...

Assalamualaikum WBT

Blog ni dah jadi saksi perjalanan gua selama 4 tahun bermula tahun 2008 hingga sekarang. Blog ni [dan jugak blog kat freindster] jugalah yang menyaksikan 5 tahun perjalanan gua di MM@ sebagai pelajar. Hari ni gua sudah tidak lagi boleh memakai status pelajar. Berkuat kuasa hari ni gua akan gunapakai status penganggur.

5 tahun 6 bulan gua bertapak di MM@. Banyak yang kenangan yang gua kutip sepanjang perjalanan gua. Ada yang hitam, ada yang putih, ada juga pelangi. Kenangan dan pengalaman tu gua akan simpan dan kepam sampai gua mati. InsyaAllah.

Banyak hal yang gua hadapi. Tapi dalam 2 bulan lepas gua paling banyak belajar erti redha dan sabar. Apa yang gua belajar dalam 2 bulan lepas memang gua tak pernah kutip selama 24 tahun gua hidup di dunia ni. Mungkin pengajaran yang sedikit selama 24 tahun itu, menyumbang kepada pengajaran paling 'ultimate' kepada gua.

Gua takkan lupa membe2 gua yang telah sekit sebanyak menyumbang kepada perjalanan gua.

Entri ini mungkin agak poyo. Tapi tak mengapa. Bukan orang lain pon yang baca =P

Jumpa lu orang dalam bab seterusnya dalam kehidupan gua.

Tuesday, March 29, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Insu'bangang'ran

Assalamualaikum WBT

Banyak hal dalam dunia ni yang bangang. Antaranya ialah Claim Insurance. Awal-awal dulu bukan main manis bicara suruh bayar premium paling mahal. Katanya nanti nak claim senang dan cepat. Janji biawak je tu semua. Pecayalah, bila korang nak claim nanti, paling awal pon 6 bulan dan servis diaorang memang macam bangang. Pernyataan ini bukan untuk sebuah kompeni insuran sahaja, malah semua kompeni insuran.

Bangang-bangang.

Pehal yang gua marah sangat? Sebab tadi diaorang kurang hajar dengan gua. Bangang tol M@@ assurance nih. Dah la gua claim knock-to-knock, dia jawab gua macam gua hutang dengan dia pulak.

Bangang-bangang.

Gua akan col dia, dua tiga kali lagi sebelum gua check out dari Lembah Klang. Kalau dia layan gua macam gua yang hutang dia, InsyaAllah, gua akan pastikan permasalahan gua ni sampai ke pihak Manager. Kalau tak layan jugak, InsyaAllah akan disampaikan kepada Utusan, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Sinar, Suara Keadilan dan jugak Harakah.

Bangang-bangang.

Lu orang jangan percaya sangat insuran konvensional ni. Dengar dan tanya orang yang jual insuran tu sampai dia tak leh jawab.

Thursday, March 24, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Aku Hilang Waras

Assalamualaikum WBT

Gua punya panas hati ni, dah tahap mendidih-didih dah. Apa ke hal nya? Aku baru tahu 1 April, MM& ada midterm break. Hari ni dah 24 March. Lu orang nampak tak situasi dia? Tak nampak? Biar gua cakap kasi jelas pada mata hati lu orang.

Bila menghampiri midterm break, bermakna gua dah menunggu untuk keputusan akhir dan 'completion letter' selama hampir separuh semester.

Hilang akal ke apa? Lama betul gua tunggu. Gua sabar je beb. Tapi gua punya kesabaran dah makin tipis. Jangan la pihak berwajib tu tunggu aku hilang kewarasan akal baru menggelabah nak buat kerje. Pecah jugak cermin kaunter tu kang.

Mintak maaf pembaca sekalian, gua punya kesabaran tak banyak macam Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tuesday, March 22, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Video DSAI Dengan Mak Nyah (pulak)

Assalamualaikum WBT

Gua ni bukan kaki fitnah. Gua tak suka langsung fitnah memfitnah ni. Berdosa BESAR. Tapi gua rasa gua akan percaya berita ni.

Lu orang sila tekan link ini [milosuam.blogspot] dan baca.

Lu orang nak percaya tak? Gua percaya sebab yang hantar email tu bersungguh-sungguh cakap dia ada video tu. Gua tak sabar nak menunggu kemunculan video DSAI dengan PELACUR CHINA dan video DSAI dengan MAK NYAH THAILAND.

Gua bukan sokong sangat DSAI. Tapi cara pihak-pihak menjatuhkan DSAI tu membuatkan aku makin percaya DSAI tidak bersalah. Ironik kan? DSAI dengan lelaki, dengan pelacur pompuan, dengan mak nyah transeksual pulak.

Gua rasa dekat-dekat PRU nanti ada lagi video DSAI nih. Dengan binatang pulak agaknya?

Saturday, March 19, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Video Yang Patut Di Tengok Dan Di Ulang Tengok

Assalamualaikum WBT

Tengah-tengah bosan, gua teringat satu 'motivational' video yang gua pernah tengok 2 tahun lepas. Gua tengok balik video ni ditemani hujan. Lantas gua terfikir, betapa gua tidak mensyukuri nikmat Allah SWT.

Mungkin selama ni gua selalu cakap perkataan syukur atau 'alhamdullilah' tetapi gua rasa 24 tahun ni gua gagal memahami maksud sebenar syukur. Tengok la video ni. Kalau lepas tengok video ni, lu orang tak meremang bulu roma, tak tersentuh hati dan masih lagi tak rasa bersyukur. Maka, hati lu orang ada masalah.



Gua berdoa dan berharap, gua akan jadi orang yang lebih bersyukur dan orang yang tak akan berputus harapan. Amin.

Thursday, March 17, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Malas-Malas

Assalamualaikum WBT

Gua rasa blog gua ni dah tak laju dah 'update' macam dulu. Nak katakan gua ni sibuk, gua sekarang ni adalah penganggur berijazah. Gua pon tak paham kenapakah gua tak 'update' blog ni. Barangkali gua tengah seronok bermalas-malasan.

Dalam gua dok seronok bermalas-malasan tu, gua terpikir jugak hendak melencong ke tempat-tempat yang membolehkan gua bermalas-malasan secara maximum. Gua ada terpikir nak pegi melencong kat London, Paris, New York (macam iklan Dunhill je). Gua ada jugak terpikir nak pergi yang dekat-dekat sket macam kat pulau-pulau di Malaysia nih. Tapi bila mengenangkan bajet yang tak brape nak 'supportive', gua lupakan jelah angan-angan Mat Jenin tuh.

Sekarang ni, gua nak tanya lu orang ada cadangan tak pasal aktiviti outdoor yang gua boleh folow tanpa menelan kos yang tinggi?

Monday, March 7, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Buku Kassim Ahmad

Assalamualaikum WBT

Gua sekarang ni tengah mencari-cari bahan bacaan yang berunsurkan kehidupan, contoh terbaik adalah novel 'Sang Pemimpi' karya andrea hirata. Gua kecewa kerana banyak syarikat penerbitan tak mampu nak terbitkan karya-karya yang bermutu seperti 'Sang Pemimpi'. Balik-balik cerita cinta, sejarah, resepi, cik lit dan panduan-panduan.

Dalam gua dok mencari-cari, gua bertemu novel berbentuk 'memoir' oleh Kassim Ahmad bertajuk 'Universiti Kedua'. Gua angkat tengok nak baca sinopsis. Buku tu cerita pasal pengalaman dia kena tangkap dengan ISA. Selesai baca sinopsis, gua rasa kurang enak. Gua letak balik buku tu elok2. Takut akak MPH mengamuk pulak. Gua rasa elok gua balik buat research dulu pasal buku tu.


Mula-mula gua google 'kassim ahmad universiti kedua'. Keluar la review-review pasal buku tu. Pastu mata gua terpana (cewah) sekejap kat 'Hadis - Satu Penilaian Semula'. Gua klik. Rupanya ni salah satu karya dia.


Gua google lagi 'Kassim Ahmad Hadis Satu Penilaian Semula'. Yang menariknya, gua telah ditemukan dengan link dari JAKIM. Rupanya buku tu telah diharamkan oleh JAKIM. Gua cari review buku ni. Setelah baca sikit-sebanyak, gua rasa elok gua jauhi karya-karya dari beliau. Bukan apa, gua ni imannya ciput dan belajar agama tak sampai ke Al-Azhar.

Ramai jugak yang menyokong dan menyetujui buku ni. Bagi gua, takkan gua nak tolak apa yang JAKIM fatwakan. Dan bukan kuasa gua jugak untuk menuduh, melebel dan menghakimi dia. Gua hanya mengelakkan diri gua dari bahan bacaan yang berkemungkinan besar boleh merosakkan gua. Tu je.

Gua pilih jalan selamat je. Bajet gua pon agak 'tight' sekarang, jadi gua rasa elok kiranya cari bahan bacaan lain.

Dalam gua dok google tu jugak, gua ditemukan dengan website orang islam kata anjing tu kurang haram. Siap dok bela, peluk cium lagi. Hurm. Gua tak nak komen sebab tu bukan bidang gua. Elok lu orang tanya imam kat masjid kawasan lu orang. Tapi bagi gua, banyak lagi haiwan lain yang boleh dibela, dipeluk cium seperti kucing, hamster, sugar glider, tupai, burung bahkan ikan. Kenapa nak pilih anjing jugak? Tapi jangan berlaku kejam atau zalim kat anjing ye.

Gua kalau nampak anjing memang gua lari je. Tak pun tunggu anjing tu lari. ha3. Penakut.

Wednesday, March 2, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Mengaji Masa Kecik Dulu

Assalamualaikum WBT

Suatu hari masa gua tengah tunggu dobi, gua terpandang sekumpulan budak [5 orang kot] berbaju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan, berjalan membawa quran. Gua ingat diaorang nak pergi mengaji kat masjid tu. Pastu gua teringat kenangan gua mengaji masa kecik dulu.

Dulu lepas abes sesi sekolah [rendah], gua akan sambung pergi kelas mengaji quran kat masjid. Biasanya gua akan gerak bersama adik gua dalam pukol 3.30 petang dengan basikal. Rajin jugak gua mengaji dulu. Alhamdullilah, berkat usaha gua dan juga paksaan ibu dan ayah, sekarang gua dapat baca quran dengan baik. Terima kasih sejuta bintang kepada Puan Salmah dan Tuan Hj Raja Sulaiman. InsyaAllah, gua akan teruskan kesinambungan ini kepada bakal anak gua.

Part paling syok, bila time balik mengaji. Biasanya gua dan adik gua akan melencong ke kedai runcit untuk meng'usha' permainan-permainan terbaru seperti layang-layang, gasing, kereta tamiya dan sebagainya. Gua jarang-jarang beli sebab bajet 'vurst'. Biasanya gua akan kumpul duit, cukup hujung minggu gua rembat buku "Wira Tunggal".

p/s: gua paling minat watak Maharaja Topeng Perak. Dia pakai Hikmat Nga Pi 99 Petala Langit. Pastu dengan Sang Asura. Hehehe.