Tuesday, June 28, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

A Samad Said | Unggun Bersih | The Real Artist

Assalamualaikum WBT

The real artist. Bergetar jiwa mendengar suara Pak Samad. Layankan Unggun Bersih.
Tak dapat play? sila ke soundcloud.com





Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Release date: Jun 27, 2011

Friday, June 24, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Lain Macam Je Bila Dengar ...

Assalamualaikum WBT

Masuk kali ni dah 12 kali gua dok ulang lagu Barakallah dari Maher Zain untuk hari ini sahaja. Gua pun pelik jugak dengan keadaan ini. Gua jadi musykil, keliru. Orang kata lagu ni sesuai untuk bakal atau yang dah kahwin. Gua masih bujang.

Gua berfikir panjang, menyelami jiwa mencari asbab...

.
.
.
.
.
.

Gua rasa mungkin sebab gaji baru masuk, jadi perasaan nak kahwin tu jadi lain macam.
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Abang Taib Mahmud Angkat Sumpah Sudah

Assalamualaikum WBT

Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendahului 71 orang ADUN lain mengangkat sumpah pada sidang DUN yang pertama - Petikan The Borneo Post.


Orang kata yang pertama angkat sumpah ni biasanya Menteri Besar/Ketua Menteri.

Gua dengar dulu masa pilihanraya ada (k)ura-(k)ura mengatakan SELAIN Taib Mahmud akan jadi KM. Sekarang masih lagi kabur kerana tiada pengumuman rasmi samaada dari PM atau BN Negeri Sarawak.

Mungkin Abang Taib akan terus berkuasa dan menjarah balak Negeri Sarawak untuk 2-3 tahun lagi? Itu masih misteri...

Thursday, June 23, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Perihal Penunggang Motor

Assalamualaikum WBT

Tengok berita seminggu-dua ni, gua jadi kecut perut. Gua ni pemberani orangnya (cewah) tapi bila mengenangkan mati, perut mana tak kecut. Ye dak?

Berita ni jenis berita penunggang motor mati kepala terpenggal dari badan dilanyak lori 16 tayar. Sedang elok pulak gua sekarang pergi kerja naik motor. Kadang-kadang je gua bawak laju. Pasal gua tahu, motor yang gua bawak tu bukan tahan sangat, kena nasib tak elok, barai enjin tengah jalan.

Yang menjadikan gua kecut perut tu sebab kebanyakkan kes yang gua baca, bukan salah penunggang motor pon, banyak eksiden tu berlaku sebab kecuaian kenderaan lain yang lagi besar dari motor. Akibatnya, penunggang motor yang berhemah macam gua ni yang kena teruk.

Acap kali.... acap kali.... acap kali dah gua berdepan situasi sipi-sipi nak eksiden nih. Mujur Allah sayang lagi kat gua.

Kalau lu orang bawak kereta atau lori, gua nasihatkan, prihatin sikit la kot kat penunggang motor ni. Ye.

p/s: gua tak sanggup nak letak gambar-gambar yang gua jumpa. semua jenis terburai otak.

Sunday, June 19, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Pemuda UMNO akan teruskan perhimpunan di ibu negara 9 Julai

Assalamualaikum WBT

Dah pulak dah...

Pemuda UMNO akan teruskan perhimpunan di ibu negara 9 Julai

REMBAU 18 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO tetap akan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai ini walaupun terpaksa berhadapan dengan tindakan daripada pihak berkuasa.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu pergerakan tersebut memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekiranya mereka gagal mematuhi nasihat beliau agar tidak mengadakan perhimpunan berkenaan.

"Semalam, saya telah memaklumkan kepada Hishammuddin dan mengatakan ini bukan keputusan saya seorang tetapi keputusan sebulat suara Pemuda UMNO.

"Maka Pemuda UMNO akan meneruskan perhimpunan itu kerana kita tidak menyokong perhimpunan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada tarikh yang sama," katanya sewaktu ditemui pemberita di Hutan Lipur Gunung Datuk dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau menegaskan, perhimpunan Bersih jelas membawa agenda pembangkang, walaupun digerakkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Sebenarnya platform mereka bukan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil tetapi untuk memberi gambaran kepada dunia bahawa negara ini tidak menghormati demokrasi, tidak mengamalkan kebebasan dan tidak bagus.

"Apa yang Pemuda UMNO hendak lakukan adalah menunjukkan suara rakyat bahawa kita tidak dimonopoli oleh suara pembangkang, selain memorandum menyokong sistem pilihan raya dan demokrasi yang diamalkan selama ini," tegasnya.

Katanya, Pemuda UMNO sedia berhadapan tindakan pasukan keselamatan kerana keputusan untuk berhimpun dan berarak pada 9 Julai depan telah dibuat dan ia pasti berlaku.

Khairy juga menjelaskan, Pemuda UMNO akan memohon permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Kalau polis tidak benarkan, kita akan tetap teruskan kerana itu hak kita. Kalau Bersih boleh buat, kita juga boleh buat. Kita juga ada mesej yang hendak disampaikan," tegasnya.

Beliau juga mahu Pemuda UMNO tidak melakukan sebarang provokasi kepada mana-mana pihak ketika perhimpunan dan perarakan itu diadakan kelak.

"Perhimpunan Pemuda UMNO tidak ada kaitan dengan Bersih mahupun apa yang hendak dilakukan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)," jelas beliau.

Kelmarin, Pemuda UMNO mengumumkan pendiriannya akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan membaik pulih sistem demokrasi di negara ini.


[Petikan UTUSAN MALAYSIA 19 Jun 2011]

Hari tu kemain kutuk ye. Diaorang nak join tu sebenarnya, tapi malu-malu plak kan. Dan lama tidak me'monyetkan' diri sendiri ye dak. Tak pe - tak pe, sama-sama le kena sembur dengan air garam ye.

Saturday, June 18, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Beriani AtTaqwa

Assalamualaikum WBT

Elok-elok gua tidur, gua mendapat satu panggilan dari pejabat. Oleh kerana ada kekeliruan dalam jadual syif maka ada staf yang tak tahu dia kena kerja syif tu. Jadi gua dengan rela hati ganti syif dia.

Gua kerja macam biasa je. Tak ada yang pelik.

Oleh kerana hari tu hari Jumaat, makanya gua wajib pergi sembahyang Jumaat.

Lepas siap sembahyang Jumaat, ofismate gua ajak layan nasi beryani depan masjid. Ramai juga yang beratur. Perkara pertama untuk dinilai pada nasi beryani ialah kepanjangan nasi itu. Makin panjang makin sedap. Dan ternyata nasi beryani ni agak panjang. Oleh kerana lauk kambing sudah habis, makanya gua amik ayam merah.

Meja penuh pulak. Gua dengan ofismate gua nekad makan tepi divider jalan. Dugaan hari Jumaat, tiba-tiba hujan pulak. Nasib baik renyai-renyai. Jadinya agak banjir la pinggan beryani gua dengan tanbahan air hujan. Dah bawah khemah tu penuh, gua makan sambil berdiri je. Nasib baik kesedapan nasi beryani tu membuatkan gua lupa gua sedang berdiri.

Selesai makan, gua rasa tak sedap hati. Mungkin mainan perasaan je. Gua keluarkan dompet. Makin berdebar pulak rasanya. Gua jeling manja dalam dompet gua, ngam-ngam RM 10. Nasib baik harga beryani RM 7.


Lain kali, check baki dalam dompet sebelum makan.


Monday, June 13, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kemeja

Assalamualaikum WBT

Gua ni jenis orang yang merendah diri. Merendah diri ni termasuklah dengan memakai pakaian second hand sama ada gua warisi dari abang atau ayah gua. Kadang-kadang gua pergi supermarket, tertengok jugak baju yang berkenan di hati gua. Gua tengok tag harga, kemudian gua seluk poket seluar. Kempis. Gua letak balik baju tu perlahan-lahan. Gua ingat baik gua gunakan RM10 balance dalam poket buat minum teh ais kedai Asmadi.

Tapi tadi, perasaan merendah diri yang gua sedia tanamkan sejak kecil tersentap. Sambil makan tengahhari, ofismate gua cakap, "Brapa umor?". Sambil mencicip ayam gua jawab, "Baru masuk 24". "Lu nampak tua, macam nak masuk 30-an je." ofismate gua menambah. Gua sentap. Ayam masak blackpepper yang awal-awal sedap, tiba-tiba jadi tak sedap. "Sebab muka gua matang sikit kot" gua jawab tenang. Ikut sunnah Rasullulah, yakni bersabar. Ofismate gua menjawab penuh yakin "Gua rasa bukan sebab muka lu. Gua rasa sebab baju lu kot".

Gua sengih jelah. Nak buat macam mana, dah baju tu gua warisi dari ayah gua. Memang la gua akan nampak matang sikit.

Sekarang ni gua di persimpangan, nak beli baju kemeja baru ke simpan duit lebih buat belanja kawen?

Apa kata lu orang?

Monday, June 6, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

1% Imun HIV

Assalamualaikum WBT


Mesti lu orang tertanya-tanya, mengapa gua sudah lama tidak update blog? Kemana gua yang hensem ni menghilang? Ye dak? Tapi gua takkan jawab semua itu. Mungkin gua akan story dekat lu orang dalam entri seterusnya.


Gua ada terbaca dalam yahoo! news bahawasanya, kemungkinan besar cure HIV sudah dijumpai. Iye benar. Ini kerana seorang pesakit telah didapati sembuh dari HIV setelah membuat pembedahan sumsum dari seseorang yang imun terhadap virus HIV. Iye benar. Terdapat 1% dari kalangan populasi dunia ini imun terhadap virus HIV. Mengapa aku baru tahu ada orang imun terhadap HIV. Dengan ini, maka terbuktilah satu lagi kebenaran Al Quran yakni semua penyakit itu ada penawarnya. Berikut adalah laporan dari yahoo! news.


First man ‘functionally cured’ of HIV



Since HIV was discovered 30 years ago this week, 30 million people have died from the disease, and it continues to spread at the rate of 7,000 people per day globally, the UN says.


There's not much good news when it comes to this devastating virus. But that is perhaps why the story of the man scientists call the "Berlin patient" is so remarkable and has generated so much excitement among the HIV advocacy community.


Timothy Ray Brown suffered from both leukemia and HIV when he received a bone marrow stem cell transplant in Berlin, Germany in 2007. The transplant came from a man who was immune to HIV, which scientists say about 1 percent of Caucasians are. (According to San Francisco's CBS affiliate, the trait may be passed down from ancestors who became immune to the plague centuries ago. This Wired story says it was more likely passed down from people who became immune to a smallpox-like disease.)


What happened next has stunned the dozens of scientists who are closely monitoring Brown: His HIV went away. "He has no replicating virus and he isn't taking any medication. And he will now probably never have any problems with HIV," his doctor Gero Huetter told Reuters. Brown now lives in the Bay Area, and suffers from some mild neurological difficulties after the operation. "It makes me very happy," he says of the incredible cure.


The development of anti-retroviral drugs in the 1990s was the first sign of hope in the epidemic, transforming the disease from a sudden killer to a more manageable illness that could be lived with for decades. But still, the miraculous cocktail of drugs is expensive, costing $13 billion a year in developing countries alone,according to Reuters. That figure is expected to triple in 20 years--raising the worry that more sick people will not be able to afford treatment.


Although Brown's story is remarkable, scientists were quick to point out that bone marrow transplants can be fatal, and there's no way Brown's treatment could be applied to the 33.3 million people around the world living with HIV. The discovery does encourage "cure research," according to Dr. Jay Levy, who co-discovered HIV thirty years ago, something that many people did not even think was possible years ago.


You can watch Brown talk about his cure in this CBS video report.


(Brown: Eric Risberg/AP)


This article has been updated to include more context about why some people are immune to HIV.


Laporan asal Yahoo! News.

Daripada lu orang dok sibuk-sibuk pasal dengan siapa remy ishak keluar shopping, baik lu orang amik tahu menda ni.