Thursday, July 28, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sibuk-Sibuk

Assalamualaikum WBT

Sibuk jugak gua kebelakangan ni sampai perkara-perkara tulis blog gua kena tolak tepi.

Ni pun tengah sibuk. Tak boleh nak update panjang-panjang.

Hik...Hik...Hik...Hik...Hik...Hik...

Saturday, July 16, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Pagi Yang Tenang

Assalamualaikum WBT

Pagi-pagi tenang tanpa kes ni elok gua Mudah.my. Search superbike 250 murah-murah. Mana tahu ada orang desperate nak tolak.

Rasa macam ada yang tak kena je. Hati rasa kurang senang.

Gua terdengar suara hati kecil gua berkata "duit makan pon ngam-ngam, ada hati nak beli superbike.".

Gua tutup Mudah.my, sambung buat keje.

Sunday, July 10, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Hikayat Negeri Atas Angin

Assalamualaikum WBT

Adapun negeri Atas Angin itu aman damai kerana diperintah oleh Sultan Ahmad yang saksama. Dek kerana besarnya kerajaan Atas Angin itu, Sultan Ahmad membahagi negerinya kepada daerah-daerah yang dikepalai oleh memanda menteri yang dipilih oleh sekalian rakyat jelata.

Negeri yang aman makmur itu dilimpahi rahmat Allah, dikurnia rezeki yang tidak putus. Ada yang bersyukur, namun ada juga yang menjadi bongkak dan tamak. Memanda Penghulu Menteri yang dulunya menjadi sanjungan rakyat dan harapan raja untuk mengurus negeri mula lupa diri dan tanggungjawab. Segala apa yang dilakukan hanya untuk kebaikan sendiri dan pengikutnya sahaja (kroni).

Kebajikan rakyat negeri Atas Angin mula terabai. Rasuah berleluasa di kalangan memanda menteri. Kekayaan negeri hanya dikongsi antara mereka yang berkepentingan sahaja. Yang kaya seperti Orang Kaya Seman-pengedar gula dan Orang Kaya Dalik-tauke padi, semakin kaya. Yang kurang kaya seperti Jali-nelayan dan Sura-pesawah, semakin terhimpit hidup. Harga barang keperluan seperti beras dan telur di naikkan harga.

Akibat hidup yang semakin tertekan, Jali dan Sura ingin mengadap Sultan menyampai rasa. Hebohlah satu negeri Atas Angin yang Jali dan Sura ingin berjumpa Sultan Ahmad. Setelah mendengar perkhabaran bahawasanya ada rakyat yang ingin menghadap, Sultan Ahmad memberi perintah agar Jali dan Sura dibawa menghadap.

Dek kerana takut segala perbuatannya terbongkar, Penghulu Menteri mula mengatur rancangan. Mulanya disebarkan, sesiapa yang berani menghadap Sultan Ahmad akan dihukum penjara. Keduanya, pengawal-pengawal dikerah berkawal sekitar rumah Jali dan Sura agar mereka berasa gentar. Ketiganya, di beri arahan kepada Panglima dan Bentara agar pergi menahan Jali dan Sura, dan gunakan kekerasan jika perlu.

Dengan menggunakan kekuatan dan kebijaksaan, Jali dan Sura berjaya juga sampai di Istana Sultan Ahmad. Namun kelihatan ratusan pengawal berkawal di kawasan istana. Langkah Jali dan Sura tersekat. Sultan Ahmad pula dihasut oleh Penghulu Menteri bahawasanya, Jali dan Sura telah memberontak dan ingin membunuh baginda. Dek kerana terlalu percayakan Penghulu Menteri, Sultan Ahmad menitahkan agar Jali dan Sura ditangkap dan dihukum bunuh tanpa bicara.

Dek kerana keputusan yang terburu-buru itu, maka hancurlah kerajaan negeri Atas Angin. Huru-hara disana-sini. Penghulu Menteri dan sekalian pengikutnya lari meniggalkan Sultan Ahmad sendirian. Rakyat mula berhijrah mencari perlindungan di negeri lain. Runtuh sekelip mata kerajaan Atas Angin yang gemlang dan terbilang itu.

Kata orang tua, hilang rakyat maka hilanglah daulat raja.
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Jangan lacurkan Sastera

Assalamualaikum WBT

Gua terbaca entri dari Burhanuddin Bekri. Buku dia ada 2-3 biji gua baca. Lu orang tilik tulisan dia ni....

Sastera itu bukan berkenaan wang. Sekiranya sastera itu berkenaan wang, kamu umpama melacurkan sastera itu sendiri. - Burhanuddin Bekri


Kalau lu orang nak baca lebih-lebih, lu orang pergi kat blog dia - Keindahan Itu Dingin.

Tuesday, July 5, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Nak Beli Motor Pun Pikir Macam Nak Beli Rumah

Assalamualaikum WBT

Gua tengok kat Singapura, India ngan Indonesia jual murah-murah je moto ni especially superbike. Kat Malaysia ni tak pernah nya murah. Katanya nak jaga Modenas tak nak kasi bungkus. Tapi modenas buat motor tak pernah lawa. Dah 15 tahun buat motor, masih lagi buat kapcai. Memang nanti bungkus la Modenas tu. Nak beli yang import punya dah nak kena hutang bank pulak. Nak beli motor register Singapore/Thailand, mahal nak gila dia punya road tax ngan insurans.

Bila anak muda sokong pembangkang, mulalah kata anak muda tak kenang budi. Pada hal dah 15 tahun tak pernah nak maju. Yang makan tak cukupnya ialah anak muda yang tak makan rasuah macam gua ni.
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kotor ke BERSIH?

Assalamualaikum WBT

Gua nasihatkan kepada lu orang, dari hari ini sampai ke 10 Julai, lu orang jangan la pakai baju kaler kuning. Jersi bola Malaysia yang kaler kuing tu pon jangan dipakai dalam tempoh idah ni.

Nasib tak baik, ke lokap la jawabnya.

Kalau boleh, lu orang kotor-kotor sket, kalau BERSIH-BERSIH sangat nanti kena sembur ngan water cannon.

Gua pelik banyak, ada yang kena tangkap sebab pakai baju kuning dan edar risalah. Yang kena tangkap tu semua orang biasa-biasa. Kalau betul-betul nak tangkap, tangkap la Datuk Ambiga tuh. Terang tang, tang, tang dia pengerusi penggerak BERSIH.

Friday, July 1, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Obesiti Murid...

Assalamualaikum WBT

Pagi tadi gua ada tengok MHI. Isunya, 1Murid 1Sukan. Pastu ada la dia panggil budak-budak dari Kelab Stealth Shah Alam buat demo. Boleh tahan jugak la budak-budak umor 6-12 tahun ni main kayu Silambam dengan Nunchaku.

Bila ditemuramah, Pengasas kelab ni kata untuk meyambut seruan kerajaan "1Murid 1Sukan" dan jugak untuk mengurangkan masalah obesiti kanak-kanak Malaysia.

Gua jeling-jeling budak-budak dalam TV tu. Tak de sorang pon yang obesiti.

Dengan ini kelab ini tidak mencapai tujuan penubuhan dan budak-budak obesiti still tengah main PS3 di rumah.