Sunday, October 30, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Fish

Syait....Syait....Syait....

For the first time, feeling so lonely, so abandoned.



Fishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....................

Saturday, October 29, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Final Piala Malaysia

Piala Malaysia ni prestij dia dah 91 tahun.

Perkara paling bangang berlaku pada Final PM 2011 ialah harga tiket RM50 untuk tempat duduk terbuka.

Nampak sangat F@^|^ nak ambil kesempatan dengan peminat...

Friday, October 21, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Demo Di Masjid UIA: Prof Aziz Bari

Assalamualaikum WBT

Dengar cerita ramai yang berkumpul di hadapan Masjid UIA lepas solat Jumaat untuk membantah penggantungan Prof Aziz Bari.


Gua pernah jumpa dia masa gua dengar ceramah pasal PPSMI dulu. Masa tu antara penceramahnya ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari, Prof Dr Shahrir Mohd Zain, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Prof Aziz Bari ni seingat aku masa ceramah hari tu memang dia bercakap PPSMI dari segi perundangan.

Nak cakap lebih pasal Prof Aziz Bari ni rasa tak sesuai pula sebab hanya ketemu sekali. Itu pun jauh2 je.

Pepehal pun, aku rasa tindakan menggantung perkhidmatan beliau adalah sangat tidak relevan.

Thursday, October 20, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Busuk

Adohai yai nye pun. Benda busuk buat apa simpan? Dah gua pulak yang merana dek kebusukkan itu. Dah tu ada motivation talk, gua yang wangi ni dihantar. cet!

Wednesday, October 19, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Anda di mata orang lain

Assalamualaikum WBT

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita..

Kredit kepada Azharidzuan Abu Bakar.

Monday, October 17, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Malaysia’s middle class — The New Poor

Assalamualaikum WBT.

Korang baca la artikel ni. Sangat bagus. Some of the quotes

"First, how did we come to an alarming situation where 55 per cent of Malaysian households earn less than RM3000 per month?"

"How “transformational” is a RM500 handout going to lift these households out of their current income trap?"

"Aside from all the other one-time off cash gifts to students; civil servants; pensioners; the budget is most glaring in its almost non-existent plan to improve the livelihoods of Malaysia’s middle class."


Thanks to Aini Fairus for the tips :)

Thursday, October 13, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Balik Kampung Beraya

Assalamualaikum WBT

Gua bakal balik kampung kejap lagi dan akan kembali ke Subang pada hari Sabtu dan pada malamnya akan mula menyemakkan kepala dan menyesakkan dada dengan kerja-kerja ofis.

Sementara di kampung, jangan harap gua baca emel ...@*m. Jangan dok kejar sangat kerja tuh. Buat kerja berpada-pada sudah, ngam-ngam amaun yang diaorang bayar kat kita. Ye dok?

Monday, October 10, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tidak cukup tidur bahayakan nyawa

Assalamualaikum WBT

Aku petik Berita Harian...

48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar

LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi

Huh...ni kena cari keje lain nih...

Friday, October 7, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Ketika Marah

Assalamualaikum WBT

Bersarang sudah blog ni. Tak sempat nak update. Diri sendiri pun tidak terurus. Kerja gua sekarang ini amat memberi tekanan, sebabnya pelanggan yang gua jaga ni semua jenis kritikal, jenis bayar juta-juta. Banyak kali gua rasa marah, tertekan dan yang seangkatan dengannya. Gua berjumpa dengan satu artikel. Gua cedok separuh untuk jadikan peringatan untuk kita semua. Lebih, lu orang kena baca kat blog Bahrudin Bekri. K.

Bagi memahaminnya, saya tahu saya perlu mencari 'sesuatu' yang patut, dan pada ketika mencari apa yang patut itulah, baru saya tersedar sesuatu pada perkataan 'berlapang dada' dan 'sabar'. Itulah perkataan yang disalahfahamkan sejak sekian lama. Berlapang dada itu tidak terjadi sekiranya kamu tidak marah, tidak kecewa dan tidak sedih. 'Berlapang dada' dan 'sabar' adalah proses selepas rasa marah, sedih dan kecewa itu datang.

Tidak ada istilah 'berlapang dada' dan 'sabar' sekiranya kamu tidak merasai kecewa, tidak merasai sedih dan marah. Yang ada, adalah manusia yang tidak ada perasaan.

Itu saya yakin kerana, bagaimana kita mahu memahami hadis ini? Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.”

Adakah maksud hadis itu, difahami sebagai tidak boleh marah?

Begitu jugalah dengan hadis ini, riwayat Iman Ahmad. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.”

Apa yang jelas, cara mengawal marah itu yang ditekankan, kerana marah, kecewa dan sedih itu sendiri datang tanpa kita bersedia.