Friday, December 30, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Smartphone Masa Khutbah

Gua tiba di masjid untuk menunaikan solat jumaat. Gua pilih port yang paling awsome yakni bawah kipas. Gua di apit oleh seorang pak cik 40-an dan brader keje pejabat. Selesai buat apa yang patut, gua amik duduk yang paling hensem. Gua pandang kiri, salam dengan brader keje pejabat, kemudian dia sambung main iphone. Gua pandang kanan, salam pak cik, kemudian dia sambung main blackberry.

Tiba masa, khatib mulakan khutbah. Gua pandang sebelah kiri, brader tu dok khusyuk baca anime naruto dalam iphone. Gua pandang kanan, pak cik tuh dok reply comment Facebook kat Blackberry.

Gua geleng kepala je lah.


Tuesday, December 27, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Samun RM20 atau RM6.5 Juta?

Poyo dan Din dipertemukan disebuah penjara yang tidak didedahkan demi keselamatan pesalah. Oleh kerana kedua-duanya adalah ahli baru, maka mereka mulakan dengan sesi taaruf atau suaikenal.

Poyo: Nama?

Din: Din. Macam kenal je lu ni...

Poyo: Mana boleh tak kenal. Cet.... Gua nama Poyo...

Din: 0o0...

Poyo: Kenapa masuk sini?

Din: Samun RM 20.

Poyo: Lor... kena brape tahun?

Din: 3 tahun. Lu kena brape tahun?

Poyo: Setahun je...

Din: Lu samun RM 5 ke?

Poyo: Tak lah...gua samun RM6.5 Juta....

Din: (@=_=)

Gambar diatas tiada kena mengena dengan sesi dialog diatas. Hanya untuk rujukan semata-mata.