Saturday, October 13, 2012

Update Sekali Sekala

Bila kali terakhir aku menampal entri di blog ini agaknya? Aku kira dari Julai 2012. Kalau ditanya kenapa aku malas mengemaskini blog? Pasti aku akan berikan alasan, "bekerja tidak ikut masa". Ahh, manusia dan alasan, mana pernah berpisah. Seringkali alasan dangkal yang diberikan.

Banyak yang berlaku selepas Julai. Antara yang signifikasi, pastinya tentang aku yang memasuki fasa baru dalam hidup aku. Iya, satu fasa persediaan untuk aku melangkah ke satu fasa yang mana aku bakal disatukan dengan rusuk kiriku.InsyaAllah, jika diizinkan, segalanya akan terungkap Februari nanti. 

Cerita apa lagi ya? Aku kira semuanya cerita sama. Perihal kerja, kerja, kerja. Lagu Amy Search "Aku dah Bosan" pasti paling sesuai. Dan aku rasa pasti bosan pula kalau aku asyik bercerita topik sama. 

Tak mengapalah, nanti akan aku cari bahan untuk bacaan bersama.

Sekian dulu.
 


0 comments: