Wednesday, January 11, 2012

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Karoke Masa Tua

Gua ada pergi satu Annual Dinner ni. Tiba masa, pak cik dan mak cik mula menunjukkan bakat menyanyi masing-masing. Banyak lagu 70-an ke 80-an. Mengimbau kenangan muda-muda gamaknya.

Lantas gua terpikir, apakah suatu hari nanti, gua akan menyanyi lagu Justin Bieber bertajuk 'Baby' bila gua tua di sebuah Annual Dinner?


OMG!

Wednesday, January 4, 2012

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Jom Ke Sekolah


Jom ke sekolah. Perkara yang amat gua tunggu antaranya adalah dapat buku tulis baru. Bau dia sedap. Boleh membawak gian. Bila dapat buku tulis baru, mesti gua tulis nama cepat-cepat, takut kawan-kawan rembat.

Biasa buku dulu-dulu ada 3 kolum kena isi...

Nama:..............................................................
Tahun:.............................................................
Perkara:..........................................................

Gua tulis nama gua cantik-cantik, secantik tuan empunya badan. Siap!

Oleh kerana tak tahu buku tu nak pakai untuk subjek apa, jadi gua biarkan bab Perkara: tu kosong dulu. Kadang-kadang buat conteng bila cikgu keluar pegi mesyuarat tergempar.

Part Tahun gua pikir lama. Keliru. Nak tulis yang mana... i) Tahun: 2 Amanah atau ii) Tahun: 1997

Kepeningan bahagian itu membawak kepada sampai aku UPSR.

Lu orang tulis apa?

Monday, January 2, 2012

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Mintak Abang Polis Kurangkan Ganas

Gua dok perati, abang-abang polis ni ganas sangat dalam menjalankan tugas. Gua rasa dalam insiden dekat UPSI semalam tiada rakyat a.k.a. pelajar yang membawa senjata tajam atau merbahaya.

Gua mintak abang-abang ahli politik BN nasihat sikit abang-abang polis ini supaya kurangkan ganas semasa bertugas. Bukan apa, takut membawa kepada faktor kekalahan PRU 13.

Ye dok?

Sekian.